Home / kesihatan / Cacing penyebab penyakit anisakiasis kepada manusia ditemui dalam sardin tin, – orang ramai wajib baca!

Cacing penyebab penyakit anisakiasis kepada manusia ditemui dalam sardin tin, – orang ramai wajib baca!

Cacing penyebab penyakit anisakiasis kepada manusia ditemui dalam sardin tin, – orang ramai wajib baca! | PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.

Ketua Pengarah MAQIS Datuk Mokhtarud-din Husain berkata cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam 2 kontena berisi “Canned Mackerel in Tomato Sauce” jenama RANESA yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720kg bernilai RM199,797.24.

Cacing terbabit berkemungkinan daripada genus Anisakis spp yang menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia yang biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit terbabit, katanya dalam kenyataan hari ini.

Anisakiasis adalah penyakit parasit dan zoonotik bawaan ikan yang disebabkan oleh nematode Anisakis spp (cacing) yang menyerang sistem gastrointestinal seperti perut dan usus manusia dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.

Mokhtarud-din berkata perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import daripada MAQIS.

  Cacing ditemui dalam tin sardin yang tiba dalam 2 kontena berisi ‘Canned Mackerel in Tomato Sauce’ jenama RANESA yang ditahan dengan anggaran berat 36,720kg

Cacing ditemui dalam tin sardin yang tiba dalam 2 kontena berisi ‘Canned Mackerel in Tomato Sauce’ jenama RANESA yang ditahan dengan anggaran berat 36,720kg

“Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi, ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Mokhtarud-din berkata MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dan mackerel (sejenis ikan kembung) dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sedemikian tidak berulang.

“Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita mestilah sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing,” katanya.

MAQIS merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti import, eksport, pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan bagi pengimportan apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma di semua pintu masuk negara yang diwartakan.

Sebanyak 57 buah pintu masuk yang terdiri daripada pintu masuk udara, laut dan darat telah diwartakan dan dikawal oleh pihak MAQIS.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!