Home / semasa / Budak perempuan berusia 15 tahun D1R0G0L bergilir-gilir semasa pergi kenduri kahwin

Budak perempuan berusia 15 tahun D1R0G0L bergilir-gilir semasa pergi kenduri kahwin

Budak perempuan berusia 15 tahun D1R0G0L bergilir-gilir semasa pergi kenduri kahwin | RAIPUR: Seorang remaja perempuan dirogol dua lelaki ketika menghadiri kenduri kahwin di sebuah kampung di daerah Jashpur, Isnin lalu.Sebelum dirogol, mangsa berusia 15 tahun itu dipaksa meminum arak.

Polis berkata, mangsa yang trauma berjaya mengingati wajah penyerangnya semasa dirawat di hospital.
Mangsa memberitahu polis, dia diculik semasa mencuci tangan dan diheret sejauh 300 meter sebelum dirogol bergilir-gilir di satu kawasan gelap.

Keluarga mangsa yang menyedari kehilangannya bertindak melakukan pencarian sebelum menemui gadis malang itu terbaring tidak sedarkan diri dan dibawa ke balai polis Bagicha.Susulan itu, polis menahan dua remaja dikenali sebagai Dholi dan Fakhal keesokan harinya.

Mereka dipercayai merancang untuk melarikan diri.Jenayah seksual melibatkan mangsa bawah umur di India semakin menjadi-jadi selepas kes rogol dan bunuh Asifa Bano didedahkan media beberapa bulan lalu. – Times of India

sebagaimana kita tahu India merupakan Negara pailing tidak selamat kepada kaum wanita jika hendak melawat ke negara tersebut ini dibuktikan lagi dengan artikel dibawah

Jenayah rogol di India kian membimbangkan

NEW DELHI: Dua remaja yang dirogol beramai-ramai dalam dua kejadian berasingan di India dalam masa empat hari membuktikan jenayah itu tidak menunjukkan tanda berkurangan walaupun hukuman keras diperkenalkan bulan laluPolis berkata, mereka tidak membuat sebarang tangkapan dalam kedua-dua kes.

Seorang mangsa ialah gadis berusia 16 tahun yang membunuh diri selepas dirogol lapan lelaki Ahad lalu di daerah Nuh di negeri Haryana, kata pegawai kanan polis, Nazneen Bhasin.Kelmarin, wanita berusia 19 tahun dirogol lima lelaki termasuk pemandu beca bermotor yang dinaikinya di daerah lain negeri yang sama.

Pemandu berkenaan memperdaya mangsa mempercayai beliau terlepas bas dan menawarkan untuk menghantar wanita itu ke satu lagi depo bas, kata jurucakap polis, Ravindra Kumar.

Mangsa kemudian dibawa ke kawasan terpencil berhampiran bandar Gurugram dan dirogol pemandu berkenaan dan empat rakannya yang menunggu di situ, kata Kumar.

“Kes rogol beramai-ramai difailkan selepas pemeriksaan perubatan mangsa mengesahkan kejadian itu.

“Perkara ini kini dalam siasatan,” kata Kumar.

Laporan media menyatakan, gadis berusia 16 tahun itu diculik dari rumahnya ketika bersendirian dan dirogol lelaki kampungnya.Mangsa menggantung diri Isnin lalu dan polis memfailkan kes rogol, culik dan menggalakkan bunuh diri walaupun penjenayah belum ditangkap.

Kejadian berlaku tidak sampai sebulan selepas India meluluskan hukuman mati ke atas kesalahan merogol budak di bawah usia 12 tahun dan menambah hukuman penjara bagi jenayah rogol terhadap gadis atas 12 tahun dan wanita susulan kemarahan orang ramai berhubung kekejaman kes rogol dan bunuh seorang kanak-kanak Islam di Jammu & Kashmir. – Reuters

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!