Home / semasa / Budak perempuan 4 tahun m4ti jatuh PPR tingkat 17, Ini sindiran pedas Netizen pada Mahathir & kerajaan PH

Budak perempuan 4 tahun m4ti jatuh PPR tingkat 17, Ini sindiran pedas Netizen pada Mahathir & kerajaan PH

Budak perempuan 4 tahun m4ti jatuh PPR tingkat 17, Ini sindiran pedas Netizen pada Mahathir & kerajaan PH
Budak perempuan 4 tahun m4ti jatuh PPR tingkat 17, Ini sindiran pedas Netizen pada Mahathir & kerajaan PH

Jatuh maut, hidup si miskin kota dijerut.| Seorang budak perempuan berusia 4 tahun maut tergelincir dari tingkat 17 Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, Selangor semalam.

Saksi ada memberitahu terdengar bunyi tiga kali dentuman kuat dipercayai tubuh mangsa terhempas di beberapa piring pemancar stesen televisyen sebelum jatuh ke lantai.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, Siti Nur Nadhira Hairul Anuar ditinggalkan sendirian sebab kakaknya, Siti Nur Natasha, 14, menghantar seorang adiknya ke sebuah tadika di Blok D PPR itu.

Mereka enam beradik semuanya dengan mangsa merupakan anak bongsu kepada pasangan Hairul Anuar Kusnan, 45 dan Rozneen Hashim, 36.

Suami isteri itu keluar dari rumah sejak jam 6 pagi menjual nasi lemak di Bukit Jelutong, Shah Alam yang memakan masa kira-kira 30 minit perjalanan.

Natasha seorang pelajar sekolah menengah Tingkatan 2 nampaknya bertugas menjaga adik-adiknya – satu ciri tipikal bagi keluarga berpendapatan rendah.

Dalam laporan akhbar, boleh dilihat Natasha masih lengkap berbaju sekolah menangis meratap di sisi jenazah adiknya di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB).

Ini secebis kisah sedih yang memberi gambaran bagaimana warga kota bertungkus lumus untuk meneruskan hidup. Mereka tidak malas.

Warga miskin kota tidak hanya bergantung harap bantuan wang tunai dari kerajaan yang suka digelar “tongkat” oleh Perdana Menteri.

Bagi orang di luar Lembah Kelang jika masuk ke pusat bandar raya, usah tersihir terpesona melihat bangunan kediaman bertingkat sayup menongkat angkasa itu sebagai simbol kemajuan dan pembangunan. Itu lambang derita dan penindasan halus terhadap warga miskin kota.

Bagi orang kampung, usah pernah rasa hina dengan panggilan itu kerana kalian masih punya tanah dengan anak tidak ada kemungkinan tinggi untuk jatuh maut dari jendela. Dalam kes menyayat hati ini, anak kecil itu jatuh dari tingkat 17!

Ibu bapanya terpaksa keluar begitu awal mencari rezeki. Kalau keluar rumah saja jam 6 pagi, bayangkan jam berapa mereka bangun tidur memasak dan menyediakan segala persiapan jualan.

Mereka perlu keluar awal untuk mengelak terperangkap dalam jalan sesak. Dalam keadaan terdesak itulah, anak yang lebih tua akan memikul sebahagian tanggungjawab menguruskan adik-adiknya.

Natasha terpaksa menghantar adiknya ke Tadika dan pada masa sama bersiap untuk ke sekolah. Timbul persoalan juga, selama ini anak kecil berusia 4 tahun itu siapa yang jaga sepanjang kakaknya ke sekolah dan ibu bapanya berniaga?

Itu sebabnya isu KEMISKINAN masih kritikal di negara kita sebelum kita sibuk mahu bercakap tentang menjadi “negara maju” tapi bab agihan kekayaan ekonomi dan kediaman selamat jauh begitu mundur. Kemiskinan bandar jauh lebih parah apabila turut terdedah kepada ancaman keselamatan.

Berceracaknya flat kos rendah 17, 18 tingkat di Kuala Lumpur dan Selangor dengan sebahagiannya tidak dipasang jeriji, bila-bila masa saja akan menyaksikan peristiwa meragut nyawa ini boleh berulang.

Itu belum lagi masalah penyelenggaraan yang lemah di flat kos rendah. Di Rumah Pangsa Mutiara Fadason, Kepong Selangor setinggi 18 tingkat, Blok C flat itu yang hanya tinggal satu saja lif masih berfungsi rosak pula sejak 20 Ogos lalu. (Gambar 3 & 4, Harian Metro 13 September 2018).

Akibatnya, mereka termasuk warga emas terpaksa menggunakan tangga. Bayangkan seorang nenek Asnah Amir Hussein berusia 73 tahun terpaksa naik tangga 40 minit, turun 40 minit untuk ke rumahnya di tingkat 9!

“Setiap langkah penuh kesakitan,” keluhnya kerana setiap kali melangkah turun, lutut sakit manakala pinggang pula sakit setiap kali mendaki tangga.

Itu warga emas berusia 73 tahun. Surirumah Uma Baskaran, 43, pula sampai patah hidung akibat terjatuh ketika mendaki tangga untuk ke rumahnya di tingkat 17!

Bayangkan, bagaimana perancangan dan kelulusan pihak penguasa untuk flat tersebut dibina lebih 15 tahun itu dengan hanya ada dua lif?! Bayangkan 1,000 penduduk guna 2 lif sejak lebih 15 tahun. Mana tak rosak?!

Kisah rakyat marhaen ini sepatutnya mengingatkan kita sebagai masyarakat sivil dalam era Malaysia Baru ini tentang cengkaman taburan kekayaan yang amat tidak sekata.

Mari ubahsuai bentak berang dialog filem “One Two Jaga” dengan latar penggambaran pun di sekitar Kerinchi – Pantai Dalam (Gambar 5 & 6) yang menyaksikan berceracaknya flat kos rendah sedang dihimpit projek mega rumah maha mewah dengan nama baru Bangsar South – Pantai Sentral Park (Gambar 7) yang tidak mampu dinikmati majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah:

“Apa?! Malaysia ni ingat mak bapak dorang (anggota polis korup) punya ke?! kepada “Apa?! Malaysia ni ingat orang kaya gila saja punya ke?!”

Jadi, pemimpin PH punya tanggungjawab besar untuk mengutamakan nilai KEMANUSIAAN dalam polisi perumahan yang akan dibangunkan.

Agihan kekayaan di tanah air kita yang menyaksikan rakyatnya amat “beradab” kepada elit penguasa amatlah tidak seragam.

Wujud kekayaan yang sangat tinggi oleh sebilangan kecil rakyat Malaysia. Kekayaan di tanah air kita dimonopoli oleh kekayaan aset hartanah mencecah 92 peratus. Kelompok 10% terkaya membentuk 40% agihan kekayaan.

Kira-kira 32% penduduk bandar tidak punya sebarang hartanah berbanding hanya 17% dalam kalangan penduduk luar bandar.

Itu antara data dari Dr Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya ‘Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia” (2017).

Ini cabaran kepada kerajaan yang diperintah Pakatan Harapan untuk memastikan rakyat hidup lebih sejahtera dan menikmati persekitaran hidup lebih selamat.

CnP Arif Atan

 

 

 

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!