Home / politik / BN tidak mengotakan janji Ini tindakan mengejutkan M Kayveas yang buatkan Najib tak percaya!

BN tidak mengotakan janji Ini tindakan mengejutkan M Kayveas yang buatkan Najib tak percaya!

BN tidak mengotakan janji Ini tindakan mengejutkan M Kayveas yang buatkan Najib tak percaya!
BN tidak mengotakan janji Ini tindakan mengejutkan M Kayveas yang buatkan Najib tak percaya!

BN tidak mengotakan janji Ini tindakan mengejutkan M Kayveas yang buatkan Najib tak percaya! | KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas menolak tawaran Barisan Nasional (BN) untuk beliau bertanding di Segambut, selepas gabungan itu memilih MIC untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

“Dukacita dimaklumkan saya diminta mempertimbangkan berpindah ke Segambut dan jawapan saya ialah TIDAK!” tulisnya dalam catatan Facebook kepada penyokongnya hari ini.

“BN sepatutnya menawarkan saya 4 tahun lalu dan dengan sokongan dan kepercayaan anda yang tidak berbelah bahagi terhadap saya, saya pastinya bekerja di sana seperti mana usaha di Cameron Highlands.”

Kayveas bagaimanapun memberi jaminan untuk terus berkhidmat kepada penduduk setempat, walaupun tidak dicalonkan di Cameron Highlands.

“Saya beri jaminan kepada anda bahawa selama ini saya telah berkhidmat tanpa penat lelah, walaupun tidak mempunyai sebarang kerusi, saya akan teruskan perjalanan bersama anda, sama ada dengan kerusi atau tidak.

“Itu janji saya kerana politik hanyalah platform dan saya masih boleh menyumbang kepada negara tercinta dan rakyat tanpa politik.

“Kebenarannya ialah kita masih pemenang kerana kita menggunakan jentera dan wang sendiri dan kita akan teruskan dengan cara itu.”

Sementara itu, satu sumber memberitahu FMT, MyPPP sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada BN kerana kecewa dengan pucuk pimpinan BN “tidak mengotakan janji”.

Kayveas sudah beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding di Cameron Highlands.

Datuk Seri G Palanivel memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 ketika menjadi presiden MIC, sebelum beliau meninggalkan parti itu.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran dikatakan akan dicalonkan di kerusi itu bagi menentang DAP dan PSM.

sumber :freemalaysiatoday

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!