Home / kisah rumah tangga / Bini kat kampung, hari-hari Abang bawa perempuan berzina dalam bilik – Adik

Bini kat kampung, hari-hari Abang bawa perempuan berzina dalam bilik – Adik

Bini kat kampung, hari-hari Abang bawa perempuan berzina dalam bilik - Adik
Bini kat kampung, hari-hari Abang bawa perempuan berzina dalam bilik – Adik

Bini kat kampung, hari-hari Abang bawa perempuan berzina dalam bilik – Adik | Salam, please la approve confession aku ni. Banyak kali dah aku hantar tapi admin lagi rela pilih confessions entah pape. Cara ni je aku rasa sesuai untuk aku share dan minta bantuan.

Ini kisah abang aku (Amir). Aku study kolej dan menumpang rumah Amir. Ayah aku dah meninggal dan mak aku tinggal bersama nenek di kampung. Amir dah kahwin dan punya seorang anak. Sekarang isteri Amir hamil 5 bulan. Disebabkan kak ipar aku ni kerap emosi, jadi dia dan Amir boleh kata hari2 bergaduh mulut sampai kak ipar aku ambil keputusan nak balik rumah mak dia senyap2 sebab dah tak tahan.

Aku pon tak tahu apa yang digaduhkan. Jadi sekarang aku tinggal berdua dengan Amir sebab sampai sekarang dorang berdua tak contact. Pernah lah Amir contact nak pujuk kak ipar aku balik, tapi mak mertua dia pulak masuk campur marah2 Amir. So, Amir pon malas nak ambil tahu pasal bini dengan anak dia lagi tapi still hantar duit nafkah. Dan sekarang dorang dalam proses nak bercerai. Lepas je kak ipar aku bersalin, Amir akan ceraikan dia. Aku pon tak nampak effort Amir untuk berbaik dengan bini dia. Cuma aku kesian pada bini dan anak dia. Tapi, biarlah tu urusan rumah tangga dorang aku malas nak campur.

Biasalah lelaki hidung belang. Bila bini tak ada sekali, mulalah dia pasang lain. Sejak dua menjak ni aku selalu nampak Amir bawak balik perempuan tiap kali dia cuti. Tapi aku tak pernah nampak kelibat perempuan tu keluar dari bilik Amir. Cuma dengar ada suara perempuan dari bilik tu dan kasut dia dekat pintu luar. Ye, dorang buat maksiat dalam bilik tu tiap kali Amir cuti. Rumah ni kawasan Cina, jadi memang masing2 tak amik port hal jiran. Aku diamkan selama ni sebab aku tahu aku cuma menumpang dan duit belajar aku pon Amir yang tanggung. Serba salah aku dibuatnya.

Tapi makin lama makin menjadi2 perangai Amir. Disebabkan aku diam selama ni, hari2 dia bawak perempuan tu balik. Hidup macam suami isteri. Tapi perempuan tu bijak, dia tak tunjuk kelibat dia bila aku ada dekat rumah. Jadi sampai sekarang memang aku tak pernah nampak muka dia cuma aku tahu dia bertudung (nampak dari belakang). Aku jadi tak tentu arah sebab bersubahat selindung maksiat dorang. Aku rasa berdosa pada Allah dan pada mama. Sekarang aku hanya mampu share pasal dosa berzina dekat dalam group whatsapp family supaya Amir terasa. Tapi hampeh, masih sama bawak balik perempuan tu.

Minggu lepas mama call cakap Amir nak bertunang. So, aku assume mungkin dia nak bertunang dengan perempuan tu. Mama cakap perempuan tu selalu call tanya khabar mama, mama selalu puji perempuan tu baik. Dalam hati aku membuak2 nak beritahu pasal maksiat yang dorang buat, tapi lidah aku kelu sebab tak sampai hati nak buat mak menangis sebab Amir anak harapan dia. Dan nampaknya minggu depan dorang akan bertunang.

Sekarang aku rasa bersalah pada kak ipar dan mama. Apa perasaan dorang kalau tahu perangai setan Amir. Dan aku lagi bersalah pada Tuhan sebab sampai sekarang aku ibarat menghalalkan perbuatan dorang. Aku dah tak sabar nak keluar dari neraka ni sebab study aku dah nak habis tak lama ni.

Tolong lah guys. Apa patut aku buat.. Macam mana aku nak beritahu pada mama dan kak ipar aku. Atau adakah tak perlu untuk aku beritahu.. Aku takut sangat kalau2 mati nanti aku dipersoalkan atas dosa orang lain. Aku harap sangat korang dapat bantu aku. Thanks admin.

– Amira Ammora

sumber : iiumc.com

repost : helangmerah.com

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!