Home / sedih / BERANG dicabar dan diajak bergaduh berulang kali, seorang lelaki menetak birasnya hingga mati dengan parang

BERANG dicabar dan diajak bergaduh berulang kali, seorang lelaki menetak birasnya hingga mati dengan parang

 

BERANG dicabar dan diajak bergaduh berulang kali, seorang lelaki menetak birasnya hingga mati dengan parang di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Lokan, Beluran, petang semalam.

Mangsa, Rizal Daming, 40, ditemui oleh adiknya pada 6.30 petang dalam keadaan terbaring dan kedua-dua tangan, muka dan kepala berlumuran darah akibat ditetak sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dikatakan mencabar dan mengajak suspek yang juga birasnya untuk bergaduh.

“Suspek mulanya enggan dan mengelak untuk bergaduh, namun mangsa terus mencabar. Suspek kemudian menuju ke rumah rakannya lalu mengambil parang panjang.

“Suspek kemudian menghampiri mangsa dan tiba-tiba terjatuh lalu mangsa mengeluarkan sebilah pisau yang diselit di pinggangnya dan terus menikam leher suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian beredar manakala suspek yang cedera di leher bangun dan mengejar dengan parang.

“Ketika berada di kawasan ladang kelapa sawit, suspek kemudian menetak mangsa berkali-kali dengan parang di kedua-dua tangan, muka dan kepala mangsa sebelum pulang ke rumah dan melarikan diri dengan isterinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah kemudian dibawa ke Hospital Beluran oleh adiknya dan disahkan meninggal dunia.

“Suspek yang melarikan diri selepas kejadian ditahan 9 pagi tadi. Polis turut merampas sebilah parang disyaki digunakan suspek yang disembunyikan di dapur rumahnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

respon fb

Sako Twotwotree Ne lh kes sma cm kami kja kat sarawak dlu hri2 kwn tu kna gratak. . Last2 tukang geratak kepala dng bdn putus dua. . Bru nyesal pn tk guna. . So jangan angap orng yg tk mhu gduh tu tk brani. . . Sekali dia pnas naik. . Abis crita. .

Jimmy Haiqish Ni la yg arwah atok aku pesan…
Yg paling kita takut sekali bila berani dlm diri sendiri bukan takut dgn kehebatan org lain…

Putra Daniel Ni baru gentleman..bkn mcm yg kt fb..acah2 gentle man tp telur xde..

Ztejunaidi Ztejoe Mana boleh tahan tiap hari ajak begaduh…. orang pendiam sekali dua ko ajak begaduh dia xlayan..tapi klau selalu sgat dicabar begaduh meter naik panas n boleh meletup

Royslam Muhd Nor Ini cuma insan biasa bergaduh di cabar selalu mana tk sakit hati. Tapi akan jadi pelik bila lebai, kaki surau solat 5 waktu Dan ketua pemuda sebuah parti politik yg patut jadi contoh tetapi berperangai mcm setan dgn jiran yg juga saudaramaranya…baguskah tu..ini klu lebai tu yg ditetak aku sokong Sgt sbb lebai dia utk menunjuk bukan ikhlas

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!