Home / politik / Bengang kepimpinan Najib dihina, Dr Kamarul Zaman buat laporan polis terhadap Bernard Paul

Bengang kepimpinan Najib dihina, Dr Kamarul Zaman buat laporan polis terhadap Bernard Paul

Bengang kepimpinan Najib dihina, Dr Kamarul Zaman buat laporan polis terhadap Bernard Paul
Bengang kepimpinan Najib dihina, Dr Kamarul Zaman buat laporan polis terhadap Bernard Paul

Bengang kepimpinan Najib dihina, Dr Kamarul Zaman buat laporan polis terhadap Bernard Paul | Sintok, Kedah: Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff telah membuat laporan polis berkenaan hebahan rasmi Bishop of Melaka-Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul kepada penganut Katolik di negara ini.

Antara perkara yang disebut oleh Bernard Paul di dalam hebahan tersebut adalah, “Tidak ada kerajaan dan pemerintahan yang bersih; tidak ada pilihan raya yang bersih; tidak ada institusi yang bersih; tidak ada penguatkuasa undang-undang yang bersih; tidak ada pengurusan kewangan dan sumber yang bersih; tidak ada pemimpin yang boleh dipercayai.”

Laporan polis Dr Kamarul itu dibuat di Balai Polis Changlun, Kedah, diikuti laporan polis serupa oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Shafaai Musa, di Balai Polis Simpang Ampat, Melaka.

Dalam laporan itu, Dr Kamarul menyatakan kritikan terlalu keras dan keterlaluan Bernard Paul boleh mengapi-apikan penganut Katolik untuk bukan sahaja mengundi Pakatan Harapan tetapi mengambil tindakan di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan.

Dr Kamarul juga mempersoalkan gesaan Bernard Paul dalam hebahan tersebut yang berbunyi, “Marilah Kita Bersama-Sama Membina Kerajaan Tuhan (Kristian).”

Menurut Dr Kamarul dalam temuramah bersama Menara.my, hebahan tersebut m

enjadi kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948, kerana mempunyai kecenderungan untuk “Mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan“ selain kecenderungan lain.

Menurut beliau lagi, apabila Bernard Paul menyatakan bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil, beliau sedang mewujudkan sentimen tidak senang hati dengan sistem yang wujud di negara ini secara keseluruhan. “Tambah apabila beliau menyatakan bahawa,

“Sistem pilihan raya kita tidak adil”, ini boleh mewujudkan rasa tidak senang hati di kalangan penganut agama Kristian jika pihak yang mereka sokong kalah dalam pilihan raya.” Sehubungan dengan perkara tersebut, Dr Kamarul menggesa pihak polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Bernard Paul.

Selain daripada hebahan yang dibuat oleh Bernard Paul, terdapat juga usaha pihak Radical Extremist Christian State atau juga dikenali sebagai RECS yang ingin menggunakan kekerasan demi mengubah kepimpinan negara ini.

sumber : menara.my

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!