Home / hiburan / Bengang dituduh mahukan A.Aida kerana Harta ini jawapan tak disangka Ariff Aziz

Bengang dituduh mahukan A.Aida kerana Harta ini jawapan tak disangka Ariff Aziz

Bengang dituduh mahukan A.Aida kerana Harta ini jawapan tak disangka Ariff Aziz!  | KUALA LUMPUR – Pelakon muda, Ariff Aziz menepis dakwaan melamar pelakon dan produser terkenal Datuk A. Aida disebabkan mengejar harta wanita tersebut.

Pemilik nama sebenar, Wan Ariff Aziz, 29, itu ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi menjelaskan, dia sedia menerima A. Aida sebagai isteri walau jurang usia mereka agak jauh.

“Saya bersedia bergelar suami kepada beliau bukan sebab ingin mengejar harta. Saya pun ada perniagaan dan kerjaya saya sendiri. Kalau orang ingin kata saya mengejar harta beliau, itu hal mereka dan saya tidak boleh tutup mulut orang.

“Soal usia bukan masalah sedangkan nabi Muhammad SAW berkahwin dengan wanita lebih berusia iaitu Siti Khadijah. Kalau sudah jodoh ini ketentuan Allah SWT, saya terima dan akan menjaganya dengan sebaik mungkin walaupun dia 18 tahun lebih berusia daripada saya,” kata Ariff.

Ditanya perancangannya untuk memperisterikan A. Aida sebagai isteri, Ariff mengatakan dia sedang berusaha ke arah itu dan akan majlis pernikahan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Saya sudah uruskan segala dokumen berkaitan urusan nikah. Keluarga pun okey dengan hasrat kami untuk berkahwin. Majlis nikah akan diadakan secepat mungkin jika segalanya berjalan dengan baik,” ujar pelakon filem Misteri Wan Peah itu.

Tambahnya lagi, majlis resepsi pula berkemungkinan akan diadakan di Janda Baik, Pahang pada 20 April tahun depan bersempena tarikh bakal isterinya itu.

Terdahulu, A. Aida dilamar pelakon yang juga merupakan seorang model itu di sebuah restoran Arab di Kampung Baru dekat sini dengan menyarungkan cincin lamaran sambil diiringi petikan gitar pada Rabu.

Difahamkan, mereka sudah saling mengenali sejak tiga tahun lalu namun mula rapat sejak Mei lepas apabila Ariff terlibat dalam filem terbaharu terbitan A. Aida Productions iaitu Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda.

A. Aida pernah berkahwin tiga kali sebelum ini termasuk dengan Ameng (Spring). Beliau dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinannya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!