Home / politik / Bazirkan RM40 juta untuk siaran langsung bola, ini kenyataan pedas GERAKAN pada kerajaan HARAPAN!

Bazirkan RM40 juta untuk siaran langsung bola, ini kenyataan pedas GERAKAN pada kerajaan HARAPAN!

Bazirkan RM40 juta untuk siaran langung bola, ini kenyataan pedas GERAKAN pada kerajaan HARAPAN! | Sukar dipercayai!Itulah reaksi Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang selepas mendengar pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia 2018 di RTM.

Beliau berkata barangkali itulah sebabnya kerajaan perlu mewujudkan tabung bagi rakyat Malaysia memberi sumbangan untuk meringankan hutang negara.

“Kerajaan HARAPAN hari ini meminta rakyat menyumbang dalam tabung untuk membantu kerajaan.

“Hari ini kerajaan juga mengumumkan ia akan menggunakan sehingga RM40 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia. Tiba masanya untuk rakyat Malaysia berfikir semula.

“Saya ingin bertanya adakah tabung itu berkaitan dengan siaran Piala Dunia di RTM? Saya ingat kerajaan ingin jimatkan wang?” katanya di Twitter.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan kejohanan Piala Dunia – 27 perlawanan secara langsung manakala 14 perlawanan lain melalui siaran tertunda.

Gobind berkata kabinet menetapkan RM40 juta sebagai harga siling untuk membeli hak penyiaran itu.

Beliau juga berkata penaja akan menyerap sebahagian besar daripada kos.

Mesyuarat kabinet hari ini juga memutuskan untuk mewujudkan Tabung Harapan malaysia – usaha khas bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan. Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

sebelum ini HARAPAN melalui Putrajaya peruntuk RM40 juta untuk RTM siar Piala Dunia

RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lain disiar melalui siaran tertangguh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran berkenaan.

Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta.

“Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan pertemuan dengan pegawai kementeriannya petang ini.

Bagaimanapun, Gobind menjangkakan kosnya kurang daripada RM40 juta.

Beliau berkata cadangan untuk menyiarkan perlawanan secara langsung pertama kali dibangkitkan oleh beberapa anggota parlimen termasuk Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Ini adalah perkara penting kerana Piala Dunia 2018 adalah acara antarabangsa dan ia bagus untuk RTM menyiarkannya secara langsung.

“Saya perlu membincangkannya dengan kabinet terlebih dahulu dan Kementerian Kewangan akan mengumumkan butiran mengenai kos,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!