Home / sosial / awak berdua buat apa dalam kereta pukul 3.30 pagi ni-pelajar universiti berkhalwat

awak berdua buat apa dalam kereta pukul 3.30 pagi ni-pelajar universiti berkhalwat

PADAH berdua-duaan di dalam kereta di tempat gelap, sepasang pelajar universiti awam ditahan pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Batu Pahat di Kangar, awal pagi tadi.

Menurut Imam Majid Ar-Raudhah Sungai Batu Pahat, Amir Aziz yang mengetuai operasi rondaan malam tadi, pasangan berkenaan tidak menyedari kehadiran anggota SRS yang menghampiri kenderaan itu kira-kira jam 3.30 pagi.

“Pasukan SRS Sungai Batu Pahat yang memantau kawalan keselamatan di sini khasnya pada waktu malam mengesan pergerakan sebuah kenderaan sekitar jam 2.30 pagi menghala ke kawasan Bukit Air.

“Namun selepas lebih satu jam, pihak kami tidak mengesan pula sebarang pergerakan keluar, justeru sepasukan lima anggota SRS masuk ke kawasan itu melakukan rondaan.

“Sebaik tiba di suatu kawasan tidak jauh sebelum sampai kawasan Bukit Air di sini, pihak kami terjumpa sebuah kereta dan selepas dihampiri didapati terdapat seorang lelaki dan wanita bukan muhrim dalam kenderaan terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Amir, pasangan itu yang berusia 23 tahun mengaku sebagai pelajar di salah sebuah universiti awam di Kangar.

Selepas disoal lanjut, mereka mengaku memandu kereta itu ke kawasan Batu Pahat memandangkan mereka tidak dapat pulang ke asrama kerana pintu pagar sudah ditutup pada jam 12.00 tengah malam.

Pasangan itu, yang bukan berasal dari negeri ini mengakui berhasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat dan sudahpun menamatkan kursus-kursus praperkahwinan.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kangar oleh pihak SRS Sungai Batu Pahat untuk melaporkan tangkapan sebelum diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan Jabatan Hal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) untuk tindakan lanjut.

“Kedua-duanya akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enekmen Jenayah Dalam Syarak (EJDS) Negeri Perlis 1991 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya skali sekiranya didapati sabit kesalahan,” ujar Amir.

respon fb

Muhd Amirul Rulz Time nak maksiat “Free”, time nak kawen, minta hantaran “Tinggi”. Pelik².

Muhammad Zulkhairi Lelaki yg baik x akan mengungkit kisah silam seorg perempuan….anak mak cik belajar smpai master..sekurang2nya hantaran 15k..kepala bapak kau.

Bro Jihan Lepas tu clash. Dah clash orang lain masuk meminang. Letak hantaran tinggi2.. bila malam pertama nk rasmi sekali oil licking, block dah kena ley. Bila ditanya.. dia jawab ” lelaki yang baik tidak akan tanya masa silam perempuan”.

Royslam Muhd Nor Belajar tk habis lagi dok menggatal bercinta bagai. Bila gagal Masa depan ko hancur. Byk yg terlibat dgn zina hingga lahir anak luar nikah. Harapan mk bapak punah. Kerana nafsu diturutkan.

Noranisah Mohd Haran Aduii dik..bljr bg habes dlu..ko xrsa lg feel kne byr hutang ptptn mcm mna, feel hntr resume ko ke serata dunia, feel nk kumpol duit utk byr sewa byr loan krta nk himpun duit utk hntrn, ko xrse lg dik. Skrg ko bljr org tanggung. T bla smpai msa ko nk tntukan arah tuju hdup,org yg ko syg pn blum tntu pandang ko. Silap2 dy xknal dh ko. Yg prmpuan pn 1 hal. Ko dh knpe gatal sgt??

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!