Home / perkongsian ilmu / Apa itu tathaiyur?Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.-CONTOH

Apa itu tathaiyur?Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.-CONTOH

Tathaiyur…

Apa itu tathaiyur? Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik.

Contoh-contoh Tathaiyur:

 

 

 

– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.

– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur. 😂(hakikatnya semua orang akan mati)… Dan ni antara yang femes…hahaha

– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.

– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.

– TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

– Diberak burung kononnya ada rezeki.

– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.

– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.

– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.

– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

– Burung hantu bersahutan, kononya ada orang meninggal.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…

“At-Tathayyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).

Jangan “berjabat” dengan jin dan syaitan yang memanipulasi fikiran manusia.

Wallahualam…🌱 sila share jika bermanfaat…

 
Juazli Hairil Bergembar 3 org salah sorang akan mati…sebenarnya semua akan mati…termasuk tukang snap gambar skali

Hana Muzaffar Tapi, ibu kalau mimpi najis mesti ada sesuatu perkara buruk akan terjadi. Setiap kali pasti ada sahaja. Seolah alamat untuk ibu saya. Dan yang jamah makanan tu kalau situasi saya nak keluar dan rasa nak makan tapi tak sempat, ibu sanggup lari suapkan sikit makanan yg saya teringin tu. Saya tak tahu kebetulan atau apa. Tapi dah banyak berlaku. Biasanya akan berlaku kemalangan. Jiran tetangga saya pun ada yang pernah hadapi situasi ahli keluarga kemalangan sebab tak sempat menjamah makanan yg dia teringin kat rumah sebelum bergerak keluar. Saya sendiri kemalangan motosikal sebab tak sempat jamah kari ayam sebelum berjalan. Dan, saya kemalangan. Benar benar kebetulan kah?

Sabariah Mohd Amin Anda adalah apa yang anda fikir… Kadang kala ibu² kita ada instnct dan kita assumed ada benarnya…namun semua adalah kebetulan saja… Fitrah manusia selalu mengait alam dengan situasi… Apapun tetapkan bertauhidkan Yang Esa..

Sabariah Mohd Amin Mechelle Montez …dari dulu mmg syirik tapi sb tak de media masa cthnya FB…whatsapp jadi info para ulama umara tak sampai ke grass root…sama saja… Lagipula Melayu khasnya terlalu “tight” dgn adat dan pesan memesan ni…. In Shaa Allah Islam tak akan ada pengurangan …

PERHATIAN

VENDING MACHINE AIR KOPI PANAS DAN SEJUK DIJUAL DENGAN HARGA TAK MASUK AKAL KLIK SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!