Home / semasa / Anwar Bukan Pengganti Tun M! – peramal popular Thailand bongkar sesuatu akan berlaku

Anwar Bukan Pengganti Tun M! – peramal popular Thailand bongkar sesuatu akan berlaku

Anwar Bukan Pengganti Tun M! – peramal popular Thailand bongkar sesuatu akan berlaku | KUALA LUMPUR – Seorang peramal wanita baru ini meramalkan bakal berlaku tangkapan besar-besaran di Malaysia pada November 2018 dan pergolakan berlaku dalam negara ini sehingga tahun hadapan.

Anwar Bukan Pengganti Tun M! - peramal popular Thailand bongkar sesuatu akan berlaku

Peramal Thailand yang juga pernah menjangkakan berlakunya gempa bumi di Sabah dan kehilangan kapal terbang sebelum ini, Navaracha Pinitlokakorn aka Prai terbaru sekali lagi membuat ramalan kali ini tentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama Tun Dr Mahahir Mohamad bakal mengalami masalah kesihatan yang serius menjelang Jun tahun hadapan.

Berdasarkan video di yputube yang berdurasi 8:47 minit, dia mendakwa dalam masa dua tahun, satu fenomena alam yang aneh akan menyebabkan Semenanjung Malaysia akan ‘berpecah’ menjadi dua.

Beliau juga memberi amaran bahawa dalam tempoh dua tahun akan datang, Malaysia akan mempunyai beberapa bencana, dan antara struktur yang terjejas teruk termasuk bangunan 50 tingkat yang terletak berhampiran persimpangan jalan raya di Kuala Lumpur.

Kemalangan juga ramalannya mungkin berlaku di kPergunungan Titiwangsa.

Navaracha Pinitlokakorn terkenal kerana memiliki keupayaan psikik sejak muda menjadi, banyak ramalannya yang menjadi realiti.

Ini termasuk gempa bumi dan tanah runtuh utama di Thailand, pada bulan Jun dan Julai tahun ini, di tempat seperti Phuket, Krabi, Phang Nga, Siam Bay, selain letusan gunung berapi di Indonesia.-SuaraTv

 

DALAM ARTIKEL YANG BERLAINAN PULA ANWAR IBRAHIM BAKAL BERTANDING 6 PENJURU DI PD

PORT DICKSON – Perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menjadi semakin menarik meskipun Umno dan BN tidak meletakkan calon, selepas ramai pihak termasuk yang individu tampil menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi itu.

Dalam masa semakin suntuk iaitu dengan esok adalah hari penamaan calon, setakat ini Pas dan dua individu telah menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian di kerusi berkenaan, selain Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili Pas, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong sebagai calon bebas.

Bagaimanapun, Parti Rakyat Malaysia yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding belum diketahui keputusannya manakala bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang juga merupakan bekas pegawai Anwar pula belum mengumumkan pendiriannya.

Semalam, Mohd Ezam dipetik sebagai berkata mengakui menerima desakan daripada rakan lama untuk beliau bertanding dalam PRK itu.

Sekiranya semuanya jadi, PRK Parlimen Port Dickson dijangka akan menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Bagaimanapun, jumlah calon yang bertanding hanya akan diketahui esok pada hari penamaan calon yang akan bermula pada 9 pagi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi manakala 9 Oktober hari pengundian awal.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dun iaitu Chuah dan Lukut, masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (PKR). – Bernama

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!