Home / semasa / Antara sejarah hitam yang dilakukan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum terhadap melayu islam

Antara sejarah hitam yang dilakukan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum terhadap melayu islam

Antara sejarah hitam yang dilakukan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum terhadap melayu islam |KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baru berkuat kuasa hari ini.

Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Malanjum, bekas hakim besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai ketua hakim negara pada 31 Julai.

Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di Jabatan Pelajaran dan kemudian beberapa jabatan kerajaan yang lain.

Pada 1972, beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti Teknologi Mara) di Shah Alam, Selangor, sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang dan dianugerahkan Bachelor of Laws (LL.B) (Hons) (London) pada 1975.

Selepas memperoleh ijazah undang-undang, Malanjum berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan ditugaskan sebagai timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

Malanjum melanjutkan pelajaran di London dan berjaya menghabiskan pengajian “Bar-at-Law” pada tahun yang sama. Beliau dipanggil ke “The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn” di London.

Sekembalinya dari London, beliau berkhidmat semula di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai pegawai undang-undang/timbalan pendakwa raya.

Pada 1977, beliau diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Sabah dan juga diterima masuk ke “The Australian Capitol Territory” (ACT) Bar pada 1991.

Pada 1981, Malanjum meletak jawatan di Pejabat Peguam Besar Negeri dan seterusnya menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu di mana pada waktu itu beliau menjadi presiden Persatuan Undang-Undang Sabah sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada awal 1992.

Malanjum merupakan anak kelahiran Bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia.

Pada 2006, buat pertama kalinya sejak terbentuknya Malaysia, beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai hakim besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang masing-masing oleh seorang berbangsa British, seorang dari Semenanjung dan beberapa orang dari Sarawak.

Sejurus selesai upacara angkat sumpah tersebut, Sultan Muhammad V kemudian mengurniakan watikah pelantikan kepada Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan juga watikah kepada Datuk David Wong Dak Wah sebagai hakim besar Sabah dan Sarawak menggantikan Malanjum.

Md Raus dan Zulkefli meletakkan jawatan mereka selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu.Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun

SUSULAN ITU NETIZEN MERASAKAN BIMBANG TELAH KONGSIKAN SESUATU MENGENAI SEJARAH KETUA HAKIM NEGARA YANG BARU TERHADAP MELAYU DAN ISLAM

 

1. Hari ini Richard Malanjum sah menjadi Ketua Hakim Negara yang baru.

2. Nama Richard Malanjum pernah dicadangkan oleh Lim Kit Siang untuk menjadi Ketua Hakim Negara pada tahun lepas. (Rujuk: http://www.freemalaysiatoday.com/…/kit-siang-push-for-rich…/)

3. Tan Sri Richard juga adalah salah seorang Hakim yang memihak kepada tuntutan pihak gereja Kristian dalam isu kalimah Allah pada 2014. Walaubagaimanapun, kes itu berakhir dengan kekalahan di pihak gereja dengan keputusan 4-3. Antara Hakim yang menolak tuntutan pihak gereja pada ketika itu adalah Tun Raus dan TS Zulkifli. Kedua duanya telah meletak jawatan selepas desakan pemimpin PH seperti Lim Kit Siang (Rujuk: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1960569147326432&id=100001200986490)

4. Dalam kes Lina Joy, TS Richard (Ketika itu Hakim Mahkamah Persekutuan) juga memihak kepada Lina Joy. Namun kes itu juga berakhir dengan kekalahan selepas 2 lagi Hakim (Tun Ahmad Fairuz dan Dato Alauddin) menolak tuntutan tersebut. (Rujuk: https://web.archive.org/…/…/http://sun2surf.com/article.cfm…)

5. Risiko mengambil Ketua Hakim dari kalangan bukan Islam ini akan membuka kemungkinan tafsiran berbeza kepada perlembagaan tersebut.

6. Walaupun perlembagaan adalah mustahil diubah dalam keadaan politik semasa, tetapi tafsiran mahkamah bagi peruntukan perlembagaan berkenaan kedudukan Islam, Melayu dan Raja boleh memberi kesan besar terhadap kedudukan ketiga tiga perkara ini.

7. Contohnya, tafsiran TS Apandi Ali (ketika itu masih Hakim Mahkamah Persekutuan) berkenaan frasa perlembagaan “Islam adalah agama persekutuan tetapi agama agama lain bebas diamalkan” dalam isu kalimah Allah. TS Apandi memberikan tafsiran bahawa maksud kebebasan untuk mengamalkan agama lain itu akan menjadi terhad jika mengganggu agama Islam.

8. Judgement beliau ini dikritik keras oleh peguam peguam luar. Antaranya Tommy Thomas (kini Peguam Negara)

9. Tahniah semua.sumber artikel Abdul Rahim Hilmi Zakariya

 PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!