Home / semasa / Anggota Polis kritikal & nyaris mati di tetak warga Myanmar

Anggota Polis kritikal & nyaris mati di tetak warga Myanmar

Anggota Polis kritikal & nyaris mati di tetak warga Myanmar | Seorang anggota polis Pondok Labu Besar parah ditetak dengan senjata tajam di lokasi Taman Desa Aman dalam kejadian semalam.

Video sekadar hiasan tidaka ada kena mengena dengan kejadian | Mangsa yang dipercayai bertugas ketika itu di serang oleh seorang lelaki warga Myanmar menggunakan sejata tajam hingga cedera di pergelangan tangan kiri,muka pipi kiri dan leher.

Saksi yang melihat kejadian itu Encik Aziz yang juga merupakan security membuat aduan dan gerakan IPD kulim bergegas kelokasi kejadian sebelum merujuk mangsa ke hospital Kulim untuk mendapat rawatan.

Siasatan awal dilokasi kejadian mendapati kesan darah dan 700 meter dari lokasi ke arah hutan didapati beberapa barang seperti tikar dan beberapa bantal telah dijumpai.

Kes telah di rujuk kepada KBSJD Kulim ASP Md Razif bin Ibrahim dan arahan beliau supaya kes di siasat mengikut 307 Kanun Keseksaan

3.3 juta penduduk Malaysia warga asing

PENDUDUK Malaysia tahun ini dianggar berjumlah 32 juta dengan 28.7 juta adalah warganegara manakala selebihnya bukan warganegara.

Menurut kenyataan Jabatan Statistik hari ini, secara keseluruhan, jumlah penduduk negara ini bertambah 1.3 peratus berbanding 31.6 juta pada tahun lalu.

Jumlah penduduk lelaki tahun ini melebihi perempuan dengan nisbah jantina bagi tempoh 2016-2017 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Peratusan penduduk berusia antara 0 hingga 14 tahun pada 2017 menurun kepada 24.1 peratus berbanding 24.5 peratus pada 2016.

Menurut jabatan itu, peratusan penduduk berusia antara 15 hingga 64 tahun meningkat daripada 69.5 peratus pada 2016 kepada 69.7 peratus tahun ini.

“Pertambahan penduduk dalam kumpulan usia ini menyumbang kepada peningkatan usia median (28.3 tahun),” katanya.

Jabatan itu berkata anggaran semasa penduduk bagi tempoh 2016-2017 yang dibuat berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010), mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan penghijrahan.

penuralan warga asing di malaysia yang telah dimasukkan oleh Zahid Hamidi bukan sahaja telah menyerang polis, malahan juga sering menganggu penduduk tempatan berikut artikel penuh yang dapat kami kongsikan

Tak tahan diganggu warga asing Bagaikan berniaga di bumi asing.

Itu yang dirasai seorang peniaga ikan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dekat sini apabila pasar yang sepatutnya menjadi tempat warga tempatan mencari rezeki didakwanya didominasi 95 peratus warga asing dari Myanmar.

Malah, katanya, lagak warga asing itu juga menyebabkan perniagaan Raja Fish Dealers terganggu selama empat bulan dan kerugian hampir RM400,000 akibat tidak dapat beroperasi.

Pemiliknya, Muhammad Rajah Abdullah, 43, berkata, kehadiran warga asing di pasar itu bermula sebagai seorang pekerja, namun lama kelamaan mereka mula mengambil alih kedai-kedai di situ selepas disewakan oleh peniaga tempatan.

Menurutnya, keadaan bertambah meruncing pada awal Ogos lalu selepas beberapa warga Myanmar telah mengancam pekerjanya di pasar itu.

“Pada 11 Ogos, saya ke pasar kira-kira pukul 5 pagi untuk menjalankan urusan dan ketika itu baru mengetahui kejadian yang berlaku pada hari sebelumnya selepas mendapati hanya empat daripada 18 pekerja saya yang bekerja hari itu.

“Salah seorang pekerja memberitahu yang mereka diserang dan diancam dengan pistol oleh beberapa warga Myanmar yang mendakwa dari Pasar Harian Selayang agar tidak bekerja dengan saya,” katanya ketika hadir di pejabat Utusan Melayu, di sini semalam.

Difahamkan, hanya seorang peniaga Melayu, seorang peniaga Cina, seorang peniaga India dan Muhammad Rajah yang menjalankan perniagaan secara sah di situ, manakala kedai selebihnya dikuasai warga asing.

Tambah Muhammad Rajah, sejak kejadian itu, dia hingga kini masih tidak membuka perniagaan kerana bimbang dengan keselamatan selain kesemua pekerjanya telah berhenti.

“Saya membuat laporan polis pada 31 Ogos lalu mengenai kejadian itu, malah beberapa laporan sama juga pernah dibuat sebelum dan selepas tarikh itu sejak 2010.

“Terbaharu, saya membuat laporan pada Isnin lalu bagi membolehkan satu majlis doa selamat dan bacaan Yassin di pasar itu supaya dapat diadakan tanpa gangguan,” ujarnya.

Katanya, aduan juga telah dibuat kepada pihak pengurusan pasar itu tetapi masih tiada penyelesaian sehingga kini.

“Saya kini buntu dan tidak tahu untuk membuat apa-apa, tambahan pula apabila memikirkan anak-anak yang masih kecil,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Rajah berharap agar pihak berkuasa memandang serius masalah itu dan meminta lesen peniaga tempatan yang menyewakan gerai mereka kepada warga asing ditarik.

“Saya sudah 13 tahun berniaga dalam bidang ini, pelbagai cabaran saya hadapi tetapi masalah ancama warga asing ini benar-benar menguji kesabaran saya,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!