Home / hiburan / anak turut menjadi mangsa buli siber di oleh segelintir pengikutnya-lan solo

anak turut menjadi mangsa buli siber di oleh segelintir pengikutnya-lan solo

 

 

anak turut menjadi mangsa buli siber di oleh segelintir pengikutnya-lan solo

SEPERTI yang telah diketahui ramai, anak bongsu kepada penyanyi, Lan Solo yang diberikan nama Nur Amna Quxandra mempunyai masalah sumbing sejak dilahirkan.

Keadaan itu jelas Lan menyebabkan anaknya itu turut menjadi mangsa buli siber di oleh segelintir pengikutnya di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof berkata dia tidak berkecil hati serta tidak menyalahkan mereka kerana kebanyakan daripada mereka yang berbuat demikian merupakan kanak-kanak yang masih belum matang.

“Tidak dinafikan, saya menerima komen negatif yang mempersenda apabila saya memuat naik gambar anak di laman sosial.

“Selepas melihat profil, kebanyakan yang berbuat demikian adalah kanak-kanak yang masih belum matang,” katanya memetik BH Online.

Tambah Lan, dia juga terekajut kerana mampu menahan kecaman tersebut dengan tenang selain mengakui ia hanya dilakukan sebilangan kecil pengikutnya.

Malah, dia sebenarnya menerima banyak komen positif yang menyokong tindakannya yang berani memuat naik gambar Quxandra ke laman sosial.

“Saya tidak sangka boleh sekuat ini ketika berdepan kecaman seperti itu.

“Bagaimanapun, hanya segelintir yang tidak sensitif kerana selebihnya tetap menyokong dan memuji tindakan saya berkongsi wajah anak walaupun tahu risiko bakal dihadapi,” jelasnya.

Lan ditemui pihak media di majlis pelancaran single solo pertamanya, Berpisah Tanpa Rela di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Penyanyi berusia 32 tahun itu turut memperkenalkan video muzik lagu hasil ciptaannya itu kepada umum ketika majlis itu.

Lan, yang merupakan bekas vokalis kumpulan Kristal berkata, dia juga tidak menyangka tindakan beraninya memuat naik gambar anaknya di media sosial memberikan inspirasi buat ibu bapa lain yang berdepan nasib sama berinteraksi dengan dia dan isterinya.

“Ada yang menghantar mesej sambil menunjukkan wajah anak mereka, sedangkan sebelum ini malu berbuat demikian.

“Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai kecacatan yang dialaminya. Dari situ, saya mengetahui kewujudan persatuan berkaitan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lan berkata perkongsiannya bersama ibu bapa lain mengenai keadaan tersebut telah memberikannya banyak informasi mengenai masalah sumbing.

Malah, mereka juga membantu Land an isterinya dalam urusan pembedahan bagi mencantum bahagian sumbing pada anaknya itu yang akan berlangsung pada 31 Mei depan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mereka juga banyak membantu melancarkan urusan pendaftaran pembedahan anak saya yang bakal dilakukan pada hujung bulan depan.

“Sementara menanti waktu itu, saya dan isteri perlu memastikan keadaan kesihatan anak dalam keadaan memuaskan supaya urusan pembedahan tidak tertangguh,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!