Home / sedih / anak sanggup upah pembunuh upahan kerana berebut harta pusaka

anak sanggup upah pembunuh upahan kerana berebut harta pusaka

 

sekadar gambar hiasan

anak sanggup upah pembunuh upahan kerana berebut harta pusaka

POLIS menahan lelaki yang didakwa mengupah dua pembunuh kontrak untuk membunuh bapanya sendiri semata-mata mahu mendapatkan pekerjaan mangsa di bengkel kereta api Jamalpur di Bihar, New Delhi atas dasar simpati.

Dua pembunuh kontrak yang menembak Om Prakash Mandal pada 24 April lalu turut ditahan polis, lapor Hindustan Times

Pesuruhjaya Polis Munger, Ashish Bharti berkata: “Anak lelaki Mandal, Pawan Kumar merancang pembunuhan itu supaya dia dapat menggantikan pekerjaan bapanya di bengkel kereta api atas dasar belas kasihan.

“Oleh itu dia mengupah dua pembunuh kontrak sebanyak Rs200,000 (RM12,000) dan membayar mereka wang pendahuluan Rs25,000 (RM1,500),” katanya.

Menurut laporan, Mandal hanya ditembak di tangan kirinya.

Mandal kemudian membuat laporan terhadap orang yang menyerangnya sehingga membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek selepas polis mengenal pasti mereka menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Perbuatan anaknya itu terbongkar apabila kedua-dua suspek memberitahu polis bahawa Pawan mengupah mereka untuk membunuh bapanya yang akan bersara daripada perkhidmatannya pada 30 April ini.

Ketika disoal siasat, Pawan memberikan alasan merancang pembunuhan itu kerana dia hanya akan memperoleh pekerjaan di bengkel kereta api terbabit atas dasar simpati sekiranya bapanya meninggal dunia.

Mengikut pekeliling dikeluarkan jabatan kakitangan dan latihan kerajaan India, anak sulung kakitangan kerajaan yang mati akibat semula jadi atau kemalangan layak dipertimbangkan untuk pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka. – Agensi

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!