Home / kisah / Anak menangis tak henti-henti, Rupa-rupanya pontianak ikut sampai ke rumah

Anak menangis tak henti-henti, Rupa-rupanya pontianak ikut sampai ke rumah

Anak menangis tak henti-henti, Rupa-rupanya pontianak ikut sampai ke rumah | Pernah dengar tak pantang larang ni? Kalau dah keluar, lepas tu patah balik sebab tertinggal barang, jangan terus keluar balik. Nanti ada yang mengikut.

Tak habis lagi nampaknya cerita pasal pontianak. Akak ni PM aku, berkongsi cerita tentang keluarganya diganggu pontianak. Kita panggil dia Kak Na ajelah.

Petang tu Kak Na sekeluarga nak balik kampung suami dia. Ada emergency. Jadi, semua persiapan balik kampung dilakukan dalam keadaan terkocoh-kocoh.

Dalam pukul 6.30 gitu dia orang masuk kereta, drive dan bila dah nak dekat sampai plaza tol, suami Kak Na baru teringat yang telefon dia tertinggal. Dia orang berpatah balik.

Masa patah balik ni, Kak Na dah rasa tak sedap hati. Kebetulan ada ladang kelapa sawit pulak kat kiri kanan jalan. Hari pulak dah senja. Jadi, dalam ladang tu memang dah makin gelap. Tapi Kak Na cakap, dia nampak macam busut putih kat dalam ladang yang suram tu. Mula tu Kak Na kata dia tak kisah sangat sebab dia ingatkan burung bangau ke apa. Tetiber benda putih tu terbang, ikut kereta dia orang.

Sampai ke rumah, suami Kak Na masuk ke dalam rumah sorang-sorang, ambik henpon dia, lepas tu masuk kereta balik dan gerak semula ke lebuh raya. Masa ni Kak Na dah tak nampak dah benda putih tu. Tapi anak kecik dia asyik menangis jer. Tak henti-henti menangis. Jenuh Kak Na pujuk, tak mahu diam jugak.

Makin hairan, kereta dia orang berat. Kereta lain pon asyik bagi hon dan lampu tinggi aje. Last-last Kak Na kata, kereta dia macam hilang power. Enjin mati tapi masih bergerak. Suami Kak Na bawa kereta ke tepi dan park kat emergency lane.

Dia orang semua keluar, duduk kat tepi jalan sementara tunggu bantuan sampai. Suami Kak Na pasang lampu hazard. Lampu hazard yang extra dia letak kat atas bumbung kereta. Kak Na tak ingat kat mana masa tu tapi kat area tu ada bukit dan kat atas bukit tu ada signboard yang besar.

Anak dia menangis lagi. Kak Na pujuk-pujuk sekali dia nampak pontianak tu kat tepi tiang signboard tu, tengah tengok dia. Terus Kak Na suruh semua orang baca ayat Kursi. Baca kuat-kuat. Korang tahu apa jadi? Pontianak tu mengilai. Lepas tu dia turun pelan-pelan pergi dekat dia orang. Haaa… bukan nak lari. Siot jer aku dengar.

Pontianak tu duduk kat atas besi pengadang sambil mengurai-urai rambut dia. Pelan-pelan dia gerak ke arah Kak Na sekeluarga. Anak Kak Na makin menggelupur, menjerit macam kena bantai.

Suami Kak Na dah azan kuat-kuat. Beberapa orang mat motor berhenti bila tengok suami beria-ia azan. Dia orang tak nampak pontianak tu tapi dia orang dapat rasa, jadi dia orang tolong azan sekali sampai Kak Na kata pontianak tu ghaib.

Bila mekanik sampai, dia orang cek kereta, elok jer kereta tu boleh start. Anak dia pon tak nangis lagi dah. Jadi Kak Na sekeluarga pon gerak semula. Mat-mat motor tu ikut dia orang. Just in case.

Sampai kampung, dia orang balik ke rumah mak bapak mentua Kak Na dulu. Nak ke hospital memang tak boleh masuk dah. Kak Na kata, masa dia orang tengah tidur, tiba-tiba jer anak kecik dia meraung. Kak Na bangun, terus menjerit sebab terkejut tengok pontianak tu tengah pangku anak dia tu. Gila apa!

“Allahuakbar! Allahuakbar!” Kak Na jerit sekuat hati.

Suami Kak Na terjaga. Pontianak tu lepaskan anak Kak Na. Tergolek dak kecik tu kat atas lantai. Suami Kak Na azan banyak kali, baru pontianak tu hilang. Tapi dia tak hilang terus. Dia duduk kat kerusi luar. Biras Kak Na nampak masa nak buat susu untuk anak dia. Menjerit sekuat hati dia.

Dia orang azan tapi pontianak tu tak pergi. Dia ada jer kat luar tingkap. Mengekor Kak Na. Mana Kak Na pergi, pontianak tu ikut. Sampai kat hospital pun dia ikut. Masa dia orang sekeluarga tengok bapak mentua Kak Na, benda tu pun ada sama berdiri sebelah biras Kak Na. Hu hu hu… yang tak tahan tu masa dia tengah mandi. Pontianak tu ada dengan dia kat dalam bilik air tu. Menjerit la… apa lagi.

Dua hari kat kampung, dia orang balik ke rumah sendiri. Yup! Pontianak tu masih ikut. Dia dah cop. Dia tak ikut orang lain tapi ikut Kak Na. Tak tahu apa sebabnya. Masa kat rumah, dia duduk kat sofa yang orang tak duduk. Duduk macam orang bersanding tu. Orang lain tak nampak. Kak Na sorang. Mungkin anak dia pon nampak sebab budak tu tak henti-henti melalak.

Yang tak best tu, Kak Na kata dia terjaga dari tidur dan nampak pontianak tu mencangkung kat hujung kaki dia. Dia orang pon pagar rumah tu tapi dia pergi cakar bumbung pulak. Cakar tingkap. Lepas tu dia start panggil nama Kak Na.

“Kak Na… Kak Na… bukalah pintu ni. Aku nak masuk.”

Hu hu hu… giler.

Sebab dah over sangat gangguan tu, dia orang jumpa ustaz. Ustaz tu kata pontianak tu ada kat luar, tunggu dia orang. Dia kata dia boleh halau pontianak tu. Takde masalah.

Lepas halau pontianak tu, ustaz tu pesan. “Jangan terus keluar bila dah patah balik ke rumah. Tunggu setengah jam dulu baru keluar semula.”

Sekarang dah takde gangguan dah. Tapi Kak Na kata, dia trauma sampai sekarang.

 

sumber : Tajul Zulkarnain

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!