Home / semasa / Amerika sokong sepenuhnya LGBT di Malaysia & minta hormat perkahwinan sejenis!

Amerika sokong sepenuhnya LGBT di Malaysia & minta hormat perkahwinan sejenis!

Amerika sokong sepenuhnya LGBT di Malaysia & minta hormat perkahwinan sejenis!

Amerika sokong sepenuhnya LGBT di Malaysia & minta hormat perkahwinan sejenis! |Kuala Lumpur – Belum selesai isu penglibatan International Republican Institute (IRI) dalam campurtangan politik di Malaysia, baru-baru ini pihak kedutaan Amerika di Malaysia memuat naik sebuah hantaran di dalam akaun facebook pejabat tersebut.

Hantaran tersebut dimuatkan ketika timbul kontroversi isu penurunan gambar dua aktivis LGBT, Nisha Ayub dan Pang Khee Teik di dalam sebuah pameran yang berlangsung di Pulau Pinang.

Pihak Kedutaan Amerika memuatkan gambar Nisha Ayub dengan penegasan bahawa pihak mereka berbangga untuk terus berdiri bersama Nisha Ayub dan Pang Khee Teik di dalam usaha mereka untuk terus memperjuangkan toleransi dan penerimaan golongan tersebut.

Nisha Ayub yang juga merupakan penerima anugerah International Women of Courage pada 2016, menerima anugerah tersebut sebelum ini dari John Kerry, Setiausaha Negara Amerika di bawah pentadbiran Barrack Obama.

Pada 2015, semasa lawatan Barrack Obama ke Malaysia, beliau menggesa negara ini supaya menghormati hak perkahwinan sejenis dan golongan LGBT.

Campurtangan IRI di dalam lanskap politik Malaysia dengan mendapat pendanaan melalui bantuan National Endowment For Democracy (NED) Amerika, mendapat kecaman pelbagai pihak di dalam negara.

Sebelum ini, Daniel Twining dari IRI pernah mendedahkan bagaimana pihak IRI membantu pihak pembangkang sebelum ini untuk membantu mereka mendapatkan kuasa seterusnya merobohkan pemerintahan satu parti selama 61 tahun di Malaysia.

Nisha Ayub dalam hantaran akaun facebooknya, mengucapkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak kedutaan Amerika yang secara berterusan membantu golongan minoriti seperti mereka.

Aktivis LGBT Sokong Mujahid Sekat Dana Fi Sabilillah IKSIM

Aktivis LGBT, Nisha Ayub, dalam hantaran akaun facebooknya, menyatakan sokongan kepada tindakan Menteri Agama, Yang Berhormat Dr Mujahid Yusof Rawa membekukan dana zakat fi sabilillah kepada IKSIM.

Menurut Nisha lagi, tindakan Mujahid itu harus disokong kerana sebagai aktivis LGBT, beliau sentiasa bersuara menentang tujuan IKSIM yang cenderung ke aras kaedah pemulihan golongan LGBT.

Alasan pembekuan dana sebagaimana yang dikemukakan Mujahid Yusof Rawa, juga turut disentuh aktivis gerakan LBGT tersebut.

Baginya wang zakat yang diamanahkan kepada IKSIM, boleh digunakan untuk isu-isu lain yang lebih penting seperti membantu isu kemiskinan, pendidikan, pembangunan komuniti atau pembangunan kesihatan.

Beliau juga ingin melihat bagaimana JAKIM akan memberikan respons kerana projek untuk menyekat golongan LGBT dan lain perkara tidak bermoral dimulakan oleh mereka. Dengan tindakan-tindakan tegas dan pantas oleh YB Mujahid Rawa ke atas IKSIM, Nisha Ayub menyatakan dengan penuh bersemangat bahawa Karma telah kembali.

VIDEO SEKADAR HIASAN ARTIKEL DIPETIK MENARA.MY

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!