Home / semasa / Aliran trafik sesak bermula malam ini

Aliran trafik sesak bermula malam ini

Aliran trafik sesak bermula malam ini
Aliran trafik sesak bermula malam ini

Aliran trafik sesak bermula malam ini  | KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 6 petang ini tetapi dijangka sesak bermula pukul 9 malam berikutan orang ramai mula pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha Rabu ini.

Aliran trafik dari kedua-dua arah utara dan selatan dilaporkan lancar, demikian menurut Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan menghala ke Pantai Timur dari Km34.5 (Gombak) berikutan terdapat sebuah kontena rosak tetapi tidak menghalang laluan.

Sementara Lebuh Raya Kuala-Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 juga dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000, laman Twitter di www.twittercom/plustrafik, talian LLM di 1800-88-7752 dan laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – Bernama

8 Tips Keselamatan Penting Sebelum Balik Kampung

Tinggal berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Memang tak sabar sangat. Lagi besat boleh bercuti panjang.

Tapii, sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Semak 8 tips keselamatan ini sebelum pulang ke kampung.

1.Simpan barang berharga di tempat yang selamat

Pastikan anda simpan barangan berharga di tempat selamat. Kalau tak ada, boleh la bawa sekali balik kampung. Bukan apa, mana tahu pencuri buat onar pecah masuk rumah.

2.Bukak kepala tong gas

Sebelum bercuti panjang, seeloknya buka kepala tong gas. Hal ini dapat mengelakkan dari berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka. Jangan lupa yer!

3.Kosongkan air kolah

Kita tak mahu nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur. Jadi kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes.

4.Tutup punca kuasa elektrik

Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau.

5.Maklumkan kepada jiran

Sekiranya jiran tidak balik kampung, seeloknya memaklumkan kepada mereka. Mungkin jiran kita dapat menjenguk rumah kita sepanjang ketiadaan kita.

6.Buka lampu dalam rumah

Perkara ini sangat membantu. Sekiranya ada automatik suis, pastikan set untuk membuka lampu pada waktu malam. Sekiranya rumah berlampu, pasti orang akan mengagak yang ada orang di dalam rumah.

7.Kunci semua pintu dan tingkap

Pastikan kita mengunci pintu dan tingkap sebelum balik kampung. Check betul-betul kerana pencuri mempunyai banyak cara untuk memasuki rumah

8.Membaca doa

Allah adalah sebaik-baik penjaga. Setelah kita berusaha, kita bertawakal kepada Allah, mintak kepada Allah agar menjaga rumah kita. InshaAllah.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!