Home / semasa / Akai letak mana! Menteri agama PH & puak LGBT kena ‘panah’ ustaz

Akai letak mana! Menteri agama PH & puak LGBT kena ‘panah’ ustaz

Akai letak mana! Menteri agama PH & puak LGBT kena ‘panah’ ustaz | LGBT HARAM – BAKAL DISAMBAR API NERAKA JIKA SEBURUK-BURUK KEMBALI

Bertaubatlah Wahai Saudara SeAgama Denganku, Selagi Hayat Dikandung Badan. BANJIR kilat, gempa bumi, ribut petir, taufan dan pelbagai lagi bencana alam yg berlaku di atas muka bumi ini adalah amaran daripada Allah SWT agar manusia beringat.

Selain daripada itu, di dalam Al-Quran, Allah SWT banyak menceritakan kisah umat-umat terdahulu supaya kita mengambil pengajaran.

Contohnya, sebanyak 9 kali Allah SWT menceritakan di dalam surah-surah berbeza dengan gaya bahasa yang berbeza mengenai kisah kaum Nabi Lut yang lebih menyukai hubungan sejenis berbanding perkahwinan yang dihalalkan oleh Allah SWT, lalu Allah SWT menurunkan bala kepada mereka yang kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini

LGBT adalah golongan yang dilaknat atau tidak.

A. Dilaknat
B. Tidak

 

Mujahid ‘mohon maaf,’ tidak arah transgender guna tandas wanita

Datuk Mujahid Yusof Rawa memohon maaf jika kenyataannya Jumaat lalu mengenai tandas wanita disalah tafsir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjelaskan beliau tidak mengarahkan golongan transgender dibenar menggunakan tandas wanita.

“Saya menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu. Ia bukan kenyataan muktamad mahupun arahan, ia sekadar respon spontan saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

“Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita.

“Sebaliknya hanyalah ‘maybe…’ [mungkin] dan ‘if…’ [jika] kerana ia boleh melibatkan pelbagai bentuk situasi dan keadaan.”

Mujahid juga diminta mengulas saf yang wajar disertai golongan maknyah jika bersolat berjemaah.

Dua isu ini menjadi bahan sindiran dan kritikan terhadap beliau di media sosial sehingga memaksanya menjelaskan kenyataan tersebut hari ini.

“Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan yang telah berlaku,” katanya lagi.

Minggu lalu, Mujahid mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan aktivis Nisha Ayub bagi mendalami masalah dihadapi golongan transgender.

Aktivis itu menjadi tumpuan apabila fotonya di sebuah pameran di George Town diturunkan setelah dituduh mempromosi kegiatan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).Arahan itu dibuat oleh Mujahid kepada kerajaan Pulau Pinang.

Marina Mahathir Jelaskan Kenapa Dia Sokong LGBT

Komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini hanya mahukan kesamarataan dari sudut hak asasi manusia yang terkandung dalam perlembagaan.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Aktivis, Datin Marina Mahathir berkata, ia termasuk hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Menurutnya, golongan berkenaan langsung tidak meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang, misalnya seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.

“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkan lah itu semua tak boleh?

“Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini?

“Kalau mereka sakit takkan nak biarkan saja di tepi jalan? Kalau mereka didera atau dipukul, bukankah mereka ada hak untuk laporkan kepada polis dan dapat tindakan daripada polis seperti kita semua? Itu saja yang mereka minta, bukan lebih daripada itu.

“Adakah undang-undang kita membenarkan kita dengan tak pasal-pasal nak pergi pukul orang atau menghalang orang daripada bekerja tanpa ada alasan yang baik. Jadi kita kenalah ikut undang-undang.

“Ada yang kata hak sama rata yang dituntut itu seperti membenarkan golongan lelaki kahwin dengan lelaki misalnya. Mana ada ini semua. Di Malaysia tak ada sebab undang-undang kita tak benarkan, dan mereka tak minta perkara itu langsung.

“Kononnya mereka nak cabar undang-undang? Mungkin perkara itu tak akan jadi langsung. Mereka hanya minta hak mengikut undang-undang dan perlembagaan kita sekarang, itu saja.

“Itu pun kita tak nak beri, kenapa? Ini hak asasi ‘basic human right’ bukan lebih daripada itu. Ini semua rekaan orang yang suka sangat nak diskriminasi.

“Diskriminasi ini wujud kerana kejahilan kebanyakan masyarakat mengenai keadaan sebenar golongan ini. Kejahilan ini kemudiannya membawa kepada ketakutan.

“Mereka adalah golongan minoriti. Seperti di negara Barat, orang kata Islam nak ambil alih, tapi orang Islam minoriti tak boleh ambil alih. Punca timbulnya salah faham ini ialah kerana kejahilan, sama juga dengan di sini.

“Kalau ditanya tentang perasaan, sudah tentu mereka sedih kerana mereka hanya mahukan pemahaman mengenai keadaan mereka dan memberi mereka peluang untuk hidup sebagai rakyat biasa.

“Perkara utama yang saya nak tekankan ialah mereka tak minta benda yang lebih, hanya hak-hak yang dijamin untuk semua rakyat Malaysia, itu saja.

“Tapi saya yakin, rakyat Malaysia semuanya baik hati dan berperikemanusiaan. Tidak akan ada diskriminasi kalau mereka tahu keadaan yang betul. Jadi, saya rasa ini tanggungjawab pihak media untuk memberikan gambaran yang lebih tepat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!