Home / politik / 9 Adun BN perlu letak Jawatan dan Perlis perlu mengadakan pilihan raya semula

9 Adun BN perlu letak Jawatan dan Perlis perlu mengadakan pilihan raya semula

9 Adun BN perlu letak Jawatan dan Perlis perlu mengadakan pilihan raya semula  | GEORGE TOWN: Ketua Pakatan Harapan Perlis Ameir Hassan menyeru wakil rakyat Barisan Nasional supaya membuka jalan kepada pilihan raya semula, ekoran bantahan dalam kalangan mereka tentang pemilihan menteri besar.

Ketua PPBM negeri itu berkata pengundi Perlis terkesan dengan bantahan daripada “BN 9” dan sejak itu berubah hati, didorong oleh pendedahan skandal kerajaan persekutuan dulu.

“BN 9” merujuk kepada 9 Adun yang membantah Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah sebagai menteri besar buat kali kedua untuk penggal ini.

“Lebih baik adakan pilihan raya baru. Rakyat kehairanan atau tidak pasti apa yang perlu dilakukan tanpa kerajaan yang berfungsi sepenuhnya akibat pergaduhan antara BN dan keadaan buntu sekarang ini.

“Pilihan raya baru akan mengembalikan keseimbangan kepada negeri dan BN mungkin tewas melihat kepada skandal-skandal yang sedang terbongkar di media hari ini.

“Adun-adun BN yang membantah harus akur dan mengambil langkah terhormat iaitu letak jawatan. Berundurlah demi rakyat,” katanya.

Ameir berkata ramai pengundi menyesal mengundi BN dan tidak kisah pilihan raya baru diadakan untuk memilih kerajaan baru.

“Ramai mahukan kemajuan di negeri itu, dan dengan PH mengawal kerajaan persekutuan sekarang, rakyat tahu kami boleh bawa kemajuan kepada rakyat Perlis,” katanya.

Ameir Hassan.

Dilema politik di Perlis berlaku selepas pilihan raya 9 Mei lepas apabila BN memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN tetapi gagal memilih seorang menteri besar yang disokong semua pihak.

“BN 9” memboikot majlis angkat sumpah semalam dan mengundang kemarahan Raja Perlis. Majlis itu dihadiri Adun Pakatan Harapan dan PAS, yang bersama membentuk 5 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, yang juga bekas menteri besar negeri itu, memecat Azlan daripada parti.

Beliau juga mengkritik Raja Perlis yang didakwanya mencampuri urusan pentadbiran negeri, dan berkata dia mengorbankan jiwa dan raya untuk memastikan kemenangan BN.

DALAM ARTTKEL SEBELAM INI SHAHIDAN KASSIM DERHAKA KEPADA RAJA PERLIS IKUTI ARTIKEL DIBAWAH

Shahidan derhaka kepada Raja Perlis’

MAJLIS Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perlis membidas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahidan Kassim yang disifatkan sebagai menderhaka kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Yang Dipertua Mubarak Perlis Datuk Bahari Taib menyifatkan kenyataan Shahidan dilihat keterlaluan dalam sidang media di ibu negara pagi tadi, sejurus perlantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis buat penggal kedua, pagi tadi.

Bahari berkata, Shahidan bersama sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN negeri itu tidak sepatutnya memboikot majlis pelantikan Azlan yang diadakan di Istana Arau berkenaan.

“Kuasa untuk melantik Menteri Besar Perlis adalah ditentukan oleh Tuanku Raja Perlis mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri.

“Sepatutnya pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar bukanlah satu isu kerana sebelum pelantikannya, Pemangku Presiden BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Pemangku Timbalan Presiden BN sudah bertemu dengan Raja Perlis bagi membincangkan perkara ini,” katanya dalam sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Perlis di Kangar.

Katanya, sepanjang pengalamannya berkecimpung dalam arena politik, beliau bersama ADUN lain tidak pernah mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh Raja Perlis.

“Sebelum membuat apa-apa kenyataan, beliau (Shahidan) seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan BN pusat.

“Malah tindakan sembilan ADUN yang tidak hadir ke majlis pelantikan Azlan juga tidak menghormati istana kerana mereka sudah diberikan kad jemputan dua hari sebelum majlis.

“Mereka (sembilan ADUN) lebih mendahulukan jemputan dari Pengerusi BN negeri untuk ke Kuala Lumpur berbanding jemputan daripada Tuanku dan tindakan ini seolah-olah merendahkan martabat institusi raja negeri ini,” katanya.

Katanya, pemecatan Azlan dari UMNO dan BN negeri adalah tidak sah kerana ia diumumkan oleh Shahidan.

“Sepatutnya pemecatan Datuk Seri Azlan Man diumumkan oleh pucuk kepemimpinan BN pusat, bukannya oleh Pengerusi BN negeri.

“Jadi setakat ini pengumuman pemecatan beliau (Azlan) itu tidak sah selagi tiada pengumuman dari BN pusat,” katanya.

Terdahulu NSTP melaporkan Azlan Man mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis pagi ini tanpa kehadiran sembilan ADUN daripada BN.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!