Home / kisah rumah tangga / 7 tahun berkawin,boleh kira berapa kali je laki saya tido sebelah sampai pagi……lebihnya dia main game

7 tahun berkawin,boleh kira berapa kali je laki saya tido sebelah sampai pagi……lebihnya dia main game

Dia datang cakar lengan saya min, kiri kanan sampai berdarah bayangkan min rasa pedih kena air bile mandi..Salam admin….saya ni isteri yg dah 7 tahun berkawin….tak leh tdo saya hari ni min….7 tahun kawin boleh kira berapa kali je laki sy tido sebelah saya sampai pagi…..lebihnya dia main game sampai pagi…saya bangun pagi baru la dia tido…..laki saya ni keje sendiri…tengahari baru la dia pergi keje….dia datang kat saya bile nak bersama je min…

pernah min saya geram sangat saya maki la game dia main tu cakap menyusahkan saya dari baru kawin sampai la sekarang…Dia datang cakar lengan saya min, kiri kanan sampai berdarah bayangkan min rasa pedih kena air bile mandi dan berparut2 lengan saya min…kadang dia cakap nak bawak saya dan anak jalan2….kite orang ni happy la min…tapi malamnya dia tak tdo main game sampai pagi…pastu bwak kete….bayangkan min ape jadi…bile balik jalan je…laki saya bawak kete cam orang mabuk min… asyik nak masuk laluan bertentangan…ble saya tegur dia ckap kau nak gaduh ngan aku ke….ditengkingnya saya depan anak2 kalau saya tegur….

kadang saya mintak kalau ngantuk biar saya drive…dia tak mau min cakap dia tak suke tak drive… habis kalau da membahayakan camtu baik saya drive….nant mula la…dengan ngantuk2 dia bwak laju2 min bile saya tegur n offer diri untuk drive.. ego btol dia min….lagi min Dia hanya ni datang kat saya bila nak bersama je, Kadang saya rasa yang saya ni ibarat perempuan simpanan tiada nak gurau2 pelok saya manja…ni x…lalu kat sebelah saya je dia raba2…
sampai saya kat luar tengah sidai baju pun dia wat camtu…malu saya ni min kalau orang nmpak…saya ni fikir saya ni ibarat pelacu kat dia min….sedih saya min…sakit kepala saya ni….

 

k2
BERANG Suami Asyik Main Game. Apa Yang Isteri Ini Buat Sampai Suami BERUBAH Memang MEMERANJATKAN !!!| Mesti ramai para isteri yang menghadapi masalah suami yang terlalu obses dengan game sampai tak hirau isteri dan anak-anak. berikut apa yang dikongsi oleh seorang netizen bagaimana dia atasi masalah suaminya yang terlalu obses dengan game.
game
“Assalamualaikum warga krt semua. Ada tak akak-akak abang-abang semua yang ada masalah pasangan suka sangat menghadap handphone sampai tak pedulikan kita dan anak-anak? Suami saya ketagih coc. Kebanyakan masanya dengan hp sahaja. Anak yang ajak dia main pun dia buat taktahu jer.. Sampailah satu hari saya rasa saya betul-betul marah sebab setiap kali leter, dia tak layan apa saya cakap.

Disebabkan dah penat nak marah benda yang sama, saya cakap, ‘Takpe abang, abang cuba hidup dengan hp tu dalam satu hari. Biar saya bawa anak keluar pergi jalan-jalan.’ Dia biarkan saya pergi. Tapi setiap setengah jam dia call dia message tanya dekat mana. Saya balik waktu malam hari. Saya tak kemana-mana, cuma pergi ke rumah kakak. Dari siang sampai ke malam saya duduk dirumah kakak.
Jam 10malam, saya balik rumah dalam keadaan yang sangat kemas bersih. Lantai pun dah siap bersapu dan mop. Kain baju dia dah siap basuh dan sidai. Saya balik dia tengah terduduk hisap rokok, saya tanya kenapa. Dia jawab, dia lapar sangat. Muka nak menangis mintak saya masakkan. ‘Abang dah kemaskan rumah.. Siapkan kain baju. Dah siap tempat tidur, tapi abang lapar sangat. Jangan tinggal abang lagi macamni..’ Mujur saya dah memang siap-siap belikan tapau nasi goreng kampung.2 Saya tahan gelak, tapi dalam masa sama rasa marah saya terus hilang serta merta.

Saya tahu saya sangat berdosa tinggalkan suami dalam keadaan lapar macamtu. Sejak haritu, dia hanya akan main handphone selepas anak tidur. Dah semakin rajin nak uruskan anak. Bila dia nampak saya sibuk, dia sendiri akan bancuh susu, suap anak makan dan sebagainya. Bagi saya, takde guna jika saya menggunakan bahasa kasar atau tinggi untuk marahkan suami saya. Mesti kena pada caranya, kerana setiap pasangan kita punya kelemahan. Cuma perlu rendahkan ego mereka.. Ni pendapat saya. Terima kasih admin sebab siarkan… Maafkan saya jika cara saya ni terlalu kejam untuk seorang insan bernama suami. Saya dah pun minta maaf pada malam harinya. Hehe.. Salam warga krt semua.

Ada tak akak-akak abang-abang semua yang ada masalah pasangan suka sangat menghadap handphone sampai tak pedulikan kita dan anak-anak? Suami saya ketagih coc. Kebanyakan masanya dengan hp sahaja. Anak yang ajak dia main pun dia buat taktahu jer.. Sampailah satu hari saya rasa saya betul-betul marah sebab setiap kali leter, dia tak layan apa saya cakap.
Disebabkan dah penat nak marah benda yang sama, saya cakap, ‘Takpe abang, abang cuba hidup dengan hp tu dalam satu hari. Biar saya bawa anak keluar pergi jalan-jalan.’ Dia biarkan saya pergi. Tapi setiap setengah jam dia call dia message tanya dekat mana. Saya balik waktu malam hari. Saya tak kemana-mana, cuma pergi ke rumah kakak. Dari siang sampai ke malam saya duduk dirumah kakak.

Jam 10 malam,saya balik rumah dalam keadaan yang sangat kemas bersih. Lantai pun dah siap bersapu dan mop. Kain baju dia dah siap basuh dan sidai. Saya balik dia tengah terduduk hisap rokok, saya tanya kenapa. Dia jawab, dia lapar sangat. Muka nak menangis mintak saya masakkan. ‘Abang dah kemaskan rumah.. Siapkan kain baju. Dah siap tempat tidur, tapi abang lapar sangat. Jangan tinggal abang lagi macamni..’ Mujur saya dah memang siap-siap belikan tapau nasi goreng kampung.2
Saya tahan gelak, tapi dalam masa sama rasa marah saya terus hilang serta merta. Saya tahu saya sangat berdosa tinggalkan suami dalam keadaan lapar macamtu. Sejak haritu, dia hanya akan main handphone selepas anak tidur. Dah semakin rajin nak uruskan anak. Bila dia nampak saya sibuk, dia sendiri akan bancuh susu, suap anak makan dan sebagainya.
Bagi saya, takde guna jika saya menggunakan bahasa kasar atau tinggi untuk marahkan suami saya. Mesti kena pada caranya, kerana setiap pasangan kita punya kelemahan. Cuma perlu rendahkan ego mereka.. Ni pendapat saya. Terima kasih admin sebab siarkan…

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!