Home / semasa / 7 GAMBAR : Inilah 2 wajah lelaki yang humban kucing bunting dalam mesin basuh hingga m4ti

7 GAMBAR : Inilah 2 wajah lelaki yang humban kucing bunting dalam mesin basuh hingga m4ti

7 GAMBAR : Inilah 2 wajah lelaki yang humban kucing bunting dalam mesin basuh hingga m4ti | Perbuatan tidak berperikemanusian dua orang lelaki yang memasukkan seeokr kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan menghidupnya menjadi tular di media sosial selepas rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian di kedai dobi itu tersebar di atas talian.

Rakaman kejadian tersebut pada awalnya dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association sebelum turut dikongsi oleh laman facebook Malaysian Respone Team yang dikatakan berlaku di Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor, kira-kira jam 12.30 malam, 11 September.

Melalui video berdurasi 2 minit 50 saat itu, dua orang lelaki tersebut pada awalnya dirakam sedang melipat pakaian di sebuah meja yang disediakan di sebelah mesin pengering tersebut sebelum salah seorang lelaki tersebut yang berseluar panjang menyedari mengenai keberadaan seekor kucing di bawah meja tersebut.

Seorang lagi lelaki berseluar pendek kemudian dilihat bergerak menuju ke mesin pengering tersebut untuk membuka pintu alat berkenaan. Kemudian, lelaki berseluar panjang itu memasukkan kucing malang berkenaan ke dalam mesin pengering sebelum pintunya ditutup dan kedua-duanya menyambung kembali melipat baju mereka.

Kedua-dua lelaki berkenaan kemudian dilihat memeriksa keadaan kucing tersebut terlebih dahulu sebelum beredar daripada kedai dobi berkenaan. Malangnya, kedua-duanya kembali semula ke mesin kering berkenaan dan dilihat memasukkan token untuk menghidupkan mesing pengering tersebut sebelum berlalu pergi buat kali kedua.

Kucing malang itu disahkan mati selepas bangkainya yang berlumuran darah ditemui oleh pelanggan lain kedai dobi berkenaan, kira-kira 10.30 pagi hari yang sama. Pelanggan berkenaan kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak pengurusan dobi tersebut.

Kes berkenaan turut dilaporkan oleh salah sebuah portal berita berbahasa Melayu tempatan, yang memberitahu bahawa pihak pengurusan kedai dobi berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada Persatun Haiwan Malaysia dan kejadian tersebut sudahpun dilaporkan kepada pihak polis.

Lapor portal berita itu lagi, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

 

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA BERHUBUNG INSIDEN PEMBUNUHAN IBU KUCING BUNTING DALAM MESIN PENGERING DOBI DI TAMAN GOMBAK RIA SELANGOR

Kejadian pada 11 September 2018 hari Selasa jam 12.30 pagi menggemparkan dan menimbulkan kemarahan seluruh warga pencinta haiwan di Malaysia akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan tiga lelaki yang memasukkan seekor kucing betina sarat bunting menunggu hari untuk melahirkan anak ke dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria Selangor. Akibatnya kucing malang tersebut berakhir dengan kematian tragis.

Sebenarnya banyak insiden melibatkan kezaliman haiwan seperti kes Kucing Dobi yang mati dalam keadaan ngeri dizalimi oleh orang tidak bertanggungjawab namun tidak banyak pemilik premis perniagaan yang mahu bekerjasama untuk melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Alasannya adalah untuk menyelamatkan perniagaan mereka daripada persepsi buruk masyarakat dan mengelakkan nama perniagaan mereka tercemar.

Animal Malaysia juga mengenal pasti kejadian pembunuhan kucing dengan memasukkan kucing kedalam mesin-mesin dobi bukanlah pertama kali. Ada pengurusan dobi mendiamkan hal ini dan tidak memperpanjangkan kepada pihak berkuasa kerana tidak sanggup menghabiskan masa untuk melakukan kerjasama prosedur perundangan. Disebabkan itulah mereka mengambil sikap berdiam diri. Akhirnya tiada pelajaran dapt diberikan kepada golongan penzalim haiwan.

Di dalam hal pembunuhan Kucing Dobi memang Animal Malaysia memainkan peranan sehingga laporan polis dibuat oleh wakil syarikat dobi berkenaan yang pada mulanya enggan berbuat demikian. Desakan tersebut adalah kerana Animal Malaysia sudah tidak sanggup lagi membiarkan aksi keganasan terhadap haiwan lemah berleluasa dan berulang tanpa ada kesudahan.

Sebenarnya banyak kes pembunuhan ngeri haiwan seperti kucing dan anjing di Malaysia. Antaranya yang masih tidak dapat diselesaikan ialah pembakaran ibu kucing bersama anak-anak kucing di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Rembau Negeri Sembilan dan terbaru kes seorang penduduk flat menggantung kucing yang masih hidup sehingga mati di hadapan rumahnya sendiri di Bandar Bukit Raja Klang Selangor.

Penzalim haiwan berkenaan masih bebas dan ada kes yang bukti dan laporan cukup lengkap namun menurut pihak berkuasa pendakwaan tidak dapat diteruskan kerana ianya kuasa Pendakwaraya (DPP) yang tidak meneruskan pendakwaan kes.

Inilah yang Animal Malaysia suarakan agar pembelaan terhadap makhluk lemah bernama haiwan tidaklah dianggap sampah di negara yang mewujudkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dianggap komprehensif dan setanding negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Great Britain.

Animal Malaysia berharap agar pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mengambil serius terhadap kes kezaliman yang berlaku kepada kucing dobi supaya kredibiliti pihak berkuasa dalam menangani kezaliman terhadap haiwan dipandang tinggi oleh masyarakat pencinta haiwan. Sudah tiba masanya Malaysia serius dalam urusan berkaitan membela nasib haiwan dinegara ini.

Sekian terima kasih.

Persatuan Haiwan Malaysia

WAJAH PEMBUNUH TIADA OTAK YANG MENYEBABKAN KEMATIAN KUCING BUNTING

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, standing

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people, people standing

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!