Home / perkongsian ilmu / 5 Perkara Ini Kena Tahu Sebelum Jual Beli Barang Kemas, Supaya Tak Kena Tipu

5 Perkara Ini Kena Tahu Sebelum Jual Beli Barang Kemas, Supaya Tak Kena Tipu

5 Perkara Ini Kena Tahu Sebelum Jual Beli Barang Kemas, Supaya Tak Kena Tipu | Boleh dikatakan hampir semua wanita sukakan barang kemas. Selain digunakan sebagai barang perhiasan, emas juga boleh dijadikan sebagai alat pelaburan.

Namun, untuk laksanakan urusan jual beli emas tidak semudah yang anda sangka. Info harga semasa emas sahaja belum cukup. Perlu juga dapatkan ilmu lain untuk pastikan anda tidak mudah ditipu oleh peniaga.

Untuk manfaat bersama, Syafikah Shafiee, seorang peniaga emas ada kongsikan sedikit ilmu untuk dijadikan panduan.

Kredit foto: FB Syafikah Shafiee

Tulis Syafikah Shafiee,

Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada calit putih.

“Ini tak laku, saya ambil murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambil.” kata pengusaha kedai emas.

1. Strategi Peniaga Untuk Untung Lebih

Awas, ini sebenarnya strategi peniaga untuk untung lebih. Harga emas yang ada calit putih dengan harga emas biasa sama sahaja. Kecuali, emas tersebut ada batu atau permata barulah diasingkan dan ditimbang emas sahaja.

2. Chrome Bukan Emas Putih

Untuk makluman, calit putih pada emas sebenarnya adalah chrome. Bukan emas putih seperti yang digembar-gemburkan oleh peniaga. Chrome adalah saduran cat ke atas emas.

Chrome diletakkan pada barang kemas untuk kelihatan cantik dan up to date. Bagaimanapun, bila tiba masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warna emas yang asal.

3. Salah Faham

Ramai orang salah faham. Mereka beranggapan barang kemas yang ada chrome tidak bernilai apabila dijual semula. Ada juga yang beranggapan barang kemas yang ada chrome lebih mahal dari barang kemas yang tidak ada chrome.

Itu tanggapan yang salah. Harga barang kemas yang ada chrome atau pun tidak adalah sama sahaja.

4. Emas Putih

Emas putih adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel sepaya kelihatan seperti platinum.

Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.

Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa.

Emas putih tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% apabila dijual semula. Emas putih hanya sesuai untuk dijadikan sebagai perhiasan atau kenang-kenangan.

5. Emas Kemik Atau Calar Tidak Laku

Isu emas kemik atau calar kononnya tidak diterima dan tidak laku sepatutnya tidak berlaku. Ini kerana, sama ada emas itu dalam keadaan baik atau tidak, ia tetap akan dileburkan.

Kesimpulan

Ilmu itu penting. Bila ada ilmu, kita tidak akan mudah ditipu atau dimanipulasikan oleh pihak lain.

SUMBER : penhitam.com

 

 

PERHATIAN

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!