Home / semasa / (5 gambar) Kakitangan Malindo Air Maut Kereta Dipandu Terbabas

(5 gambar) Kakitangan Malindo Air Maut Kereta Dipandu Terbabas

(5 gambar) Kakitangan Malindo Air Maut Kereta Dipandu Terbabas
(5 gambar) Kakitangan Malindo Air Maut Kereta Dipandu Terbabas

(5 gambar) Kakitangan Malindo Air Maut Kereta Dipandu Terbabas | KUALA LANGAT – Seorang kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air maut selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dalam satu kejadian di Kilometer 18.8 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah Selatan di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa Nurul Asiqin Mohamad, 27, yang berasal dari Raub, Pahang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, ketika kejadian mangsa yang memandu secara sendirian kereta terbabit dari arah Saujana Putra mengala ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa yang dipercayai dipandu laju telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan ditepi lebuh raya terbabit. Susulan pelanggaran itu, kereta mangsa terhumban hampir 50 meter dari bahu jalan lebuh raya terbabit.

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

“Mangsa juga dipercayai terpelanting keluar dari keretanya kerana ketika anggota sampai mayat mangsa berada di luar kereta yang terbalik dan remuk pada bahagian depan dan belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azizan berkata, mangsa yang juga pengurus tugasan syarikat penerbangan terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan mayatnya kemudian di bawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

Image may contain: outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: tree and outdoor

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan sebenar dan orang ramai atau saksi kejadian bolehlah menyalurkan maklumat terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03- 3187 2222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

#Inforoadblock

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *