Home / semasa / Sistem perundangan Syariah Malaysia Punca LGBT Dianiaya kata Nisha Ayub

Sistem perundangan Syariah Malaysia Punca LGBT Dianiaya kata Nisha Ayub

Sistem perundangan Syariah Malaysia Punca LGBT Dianiaya kata Nisha Ayub
Sistem perundangan Syariah Malaysia Punca LGBT Dianiaya kata Nisha Ayub

Sistem perundangan Syariah Malaysia Punca LGBT Dianiaya kata Nisha Ayub | Golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia mendakwa bahawa mereka seringkali dijadikan sebagai mangsa oleh parti-parti politik bagi menunjukkan kepada rakyat konon-kononnya mereka (parti politik) lebih ‘Islamik’.

Menurut Malaysiakini, Faris, 34 tahun yang merupakan seorang lelaki transgender mendakwa bahawa rakyat Malaysia secara umumnya tidak membenci golongan minoriti seksual, namun ahli-ahli politik kerap menggunakan media arus perdana untuk menindas golongan minoriti seksual bagi membuktikan mereka adalah ‘Islamik’.

“Sebagai ahli komuniti LGBT, saya tahu kedua-dua belah parti politik tidak boleh menyokong golongan minoriti seksual secara terang-terangan atas faktor agama.”

Manakala Dorian Wilde yang merupakan Presiden Transmen of Malaysia pula mendakwa, selagi mana parti politik menggunakan golongan LGBT sebagai mangsa umpan,

mereka (LGBT) tidak akan mendapat apa-apa kebaikan. “Selagi mana orang-orang besar (parti politik) berperang (antara satu sama lain) dan menggunakan kami (LGBT) sebagai bidak (catur), tiada perkara positif yang akan berlaku.

Bidak itu merupakan buah paling kecil dalam permainan catur dan anda boleh mengorbankannya demi agenda yang lebih besar.”

Aktivis LGBT Nisha Ayub, pemegang Anugerah Wanita Berani oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat pula menyalahkan pihak berkuasa dan sistem Syariah Malaysia sebagai punca LGBT dianiayai.

“Apa sahaja yang berlaku dalam masyarakat sekarang ini terhasil daripada pihak berkuasa, termasuklah kerajaan dan sistem Syariah.” Pendakwah kelahiran Amerika Syarikat Dr Yasir Qadhi berkata,

pengamalan perbuatan LGBT itu adalah salah di sisi hukum Islam. Bahkan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) menegaskan bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia (UDHR) tidak pernah mengiktiraf homoseksualiti sebagai satu identiti yang berhak mempunyai hak dan perlindungan tertentu.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *