Home / politik / Shahrir kantoi menipu! Rupanya tanah Felda masih lagi di miliki oleh Pemaju Synergy Promenade KLVC

Shahrir kantoi menipu! Rupanya tanah Felda masih lagi di miliki oleh Pemaju Synergy Promenade KLVC

Shahrir kantoi menipu! Rupanya tanah Felda masih lagi di miliki oleh Pemaju Synergy Promenade KLVC
Shahrir kantoi menipu! Rupanya tanah Felda masih lagi di miliki oleh Pemaju Synergy Promenade KLVC

Shahrir kantoi menipu! Rupanya tanah Felda masih lagi di miliki oleh Pemaju Synergy Promenade KLVC | Kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad 15 Januari lalu bahawa tanah milik Felda di Jalan Semarak telah dikembalikan kepada institusi itu kini menjadi tanda tanya memandangkan siasatan dilakukan ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli mendapati geran-geran tanah itu masih menjadi hak pemaju.

Dalam sidang medianya di laman facebook sebentar tadi, Rafizi yang juga naib presiden PKR mengakui telah membuat pelbagai siasatan dan berjaya mendapatkan geran hak milik untuk kesemua 16 lot tanah Felda yang dipindahkan kepada pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd.

“Semua geran ini diperolehi dengan menjejaki nombor-nombor geran hak milik, yang seterusnya membolehkan saya membeli setiap geran yang bernilai RM30 setiap satu,” jelas beliau.

Daripada penelitian yang dibuat, jelas Rafizi tiada satu pun dari tanah-tanah itu yang telah dipindah milik kembali kepada Felda.

Menurut beliau, setakat 31 Jan lalu ketika geran-geran itu diperolehi, kesemua 16 lot tanah tersebut masih lagi dimiliki Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (Lot 390) dan Synergy Promenade Sdn Bhd (15 lot yang lain).

Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM.“Apabila Tan Sri Shahrir mengumumkan pada 15 Januari yang lalu kononnya Felda telah memiliki kembali hak milik, apakah maksud beliau sedangkan geran-geran hak milik secara jelas menunjukkan ia masih lagi hak milik pemaju?” soal Rafizi (foto).

Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM.

Beliau turut menuntut penjelasan Shahrir berhubung kenyataan pengerusi Felda itu bahawa “semua surat pemilikan tanah telah didaftarkan kembali atas nama Felda”.

“Surat apa yang dimaksudkan beliau? Satu-satunya instrumen undang-undang yang diguna pakai adalah geran hak milik yang menunjukkan tidak ada satu pun geran hak milik didaftarkan atas nama Felda,” soal Rafizi.

Beliau juga mengingatkan Shahrir bahawa syarat nyata yang dimasukkan bagi geran hak milik tanah-tanah lot 4573, 4574, 9096, 14120 dan 22524 adalah bagi tujuan pejabat Felda sahaja.

Sehubungan itu, tambah beliau apabila pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd membangunkan menara-menara perniagaan dan kediaman mewah untuk dijual kepada orang ramai, ia telah melanggar syarat-syarat nyata berhubung 5 lot tanah yang diambil dari Felda itu.

“Saya tahu bahwa tujuan sandiwara ini dimainkan adalah untuk menunjukkan bahawa pengurusan Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Shahrir Samad tidak terlibat di dalam pelbagai urusniaga yang merugikan peneroka Felda dan sedang berusaha menyelamatakan Felda.

“Ini bertujuan meyakinkan peneroka Felda dan orang Melayu kononnya pelbagai isu yang dibawakan oleh saya dan pimpinan Pakatan Harapan yang lain adalah tidak benar.

“Hakikatnya tidak ada satu pun lagi tanah-tanah itu yang diumumkan ‘telah kembali’ kepada Felda yang hak miliknya didaftarkan kembali atas nama Felda,” tegas Rafizi.

Beliau menunggu jawapan Shahrir berhubung perkembangan terbaru ini dan sedia berdebat melalui media sehingga tanah-tanah itu kembali sepenuhnya kepada Felda dan tidak dijadikan bahan sandiwara.

Pada pertengahan Dis tahun lalu, Shahrir ketika ditanya pemberita berhubung kehilangan milik tanah Felda di Jalan Semarak mendakwa Felda tidak mahukan projek pembangunan yang melibatkan pemaju dan hanya mahukan tanah-tanah itu kembali kepada Felda.

Pada 15 Jan lalu dalam satu sidang media di Menara Felda, Shahrir mengumumkan bahawa tanah-tanah itu telah kembali kepada Felda.- malaysiadateline.com

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *