Home / kesihatan / Bayangkan mulut itik tu nak masuk dalam pepet sakit giler kot! – wanita kongsi pengalaman pap smear

Bayangkan mulut itik tu nak masuk dalam pepet sakit giler kot! – wanita kongsi pengalaman pap smear

Bayangkan mulut itik tu nak masuk dalam pepet sakit giler kot! - wanita kongsi pengalaman pap smear
Bayangkan mulut itik tu nak masuk dalam pepet sakit giler kot! – wanita kongsi pengalaman pap smear

Bayangkan mulut itik tu nak masuk dalam pepet sakit giler kot! – wanita kongsi pengalaman pap smear  | Bismillah. Kak Dayah ni bukanlah orang yang pakar dan layak untuk bercerita tentang bidang ni. Tapi kak Dayah rasa terpanggil nak share dengan korang semua tentang pap smear ni lepas buat hari tu.

Lepas bersalin aritu, Misi-misi duk suruh kak Dayah buat ujian pap smear ni. Kak Dayah macam, ‘Alamak, misi suruh aku buat ujian pap smear pulak. Baru lepas bersalin dah nak kena buat ujian pap smear pulakk? Ngeri weh. Malu pun ye. Mesti sakit hamatt ni.’

Kak Dayah ngelat punya ngelat sampaila anak dah masuk 11 bulan. Takut punya pasal. Sampai tak boleh nak ngelat bagi alasan lagi kat misi. Bila misi tanya, kak Dayah angguk2 geleng2 iya2..saya2..Eh? 😂

Okey kita teruskan. Kak Dayah redha dalam pasrah. Sebab dah penah kena dengan ‘muncung itik'(spekulum) tu. Tau la rasa sakit dia macam mana.

Sampailah hari appoinment tu, dengan penuh berdebar2nya, seram sejuk satu tubuh ni. Muka pucat lesi. Tapi buat lek-lek je cover. Kutahan jebat. Kahkahkah.

Tibala saat tu, TAK SAKIT PUN RUPANYA! Dari awal procedure sampai akhir, sangat smooth tak sakit pun!

Kita ni dah selalu dimomokkan dengan sesuatu benda yang tak pasti, dengar dari mulut orang terus percaya.

Mungkin jugak rezeki kak Dayah dapat nurse yang pandai buat sampai tak rasa sakit.

Jadikk, kak Dayah nak share dengan korang tentang PAP SMEAR ni. Menatang apa ni?

Kenapa perlu buat?
-Untuk kesan kanser serviks peringkat awal. Jangan amik mudah.

Siapa yang perlu buat?
-Setiap wanita yang berusia antara 26 tahun hingga 65 tahun dan yang dah kahwin.

Tips Procedure
1. Ujian ni amik masa 5 minit je.

2. Boleh buat kat klinik kerajaan atau swasta. Yang pasti kak Dayah pi kerajaan je sebab percuma je pun.
Kalau swasta mungkin RM40-RM70. Bergantung tempat.

3.Sebelum buat, tenangkan diri, relaks, jangan pikir sakit. Dengar arahan, jangan keraskan badan. Lagi korang ‘nerbes’, lagila susah nak amik sample. Lek-lek cool je sambil baca ayat kursi 40x. 😂

4.Nurse pesan suruh relax je supaya muscle2 kat bawah tu relax jugak. Tarik nafas dalam2, tahan dan lepas pelan2. Fuhh…

5. Kalau ujian ni dibuat dengan betul memang langsung rasa tak sakit atau ngeri bagai. Cuma rasa tak selesa je.

6. Ringkasnya macam ni la procedurenya,

👉Kena berbaring
👉Spekulum (tengok gambar) akan dimasukkan dalam ehem2 untuk ‘membuka’ laluan.
👉Lepas tu, sampel sel daripada dinding servik tu diambil untuk hantar ke makmal.
👉Akhirnya, tunggu jela result dan teruskan kehidupan macam biasa.

Weh, sila buat kalau korang tergolong lingkungan di atas. Langkah awal untuk pencegahan.

Jangan rasa kita sihat, kita abaikan sebab rasa tak penting.
Jangan bila dah terlambat, kita nyesal tak sudah. Alahhh. Tak sakit pun! Sape belum buat? Sila ngaku. 🙋

Kredit to #Hidayah Abdullah
(Leader Pikofe)
Sharing is caring~

P/s : Diizinkan share supaya lebih ramai wanita sedar. Kanser serviks adalah kanser nombor 3 dihidap wanita Malaysia. Pembunuh senyap.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *