Home / hiburan / Teka-Teki Terjawab! 2 Lagi Artis Rupanya Taj (Innuendo) & Firdaus!

Teka-Teki Terjawab! 2 Lagi Artis Rupanya Taj (Innuendo) & Firdaus!

Anggara.Teka-teki siapakah dua lagi artis yang didakwa memasukkan dadah dalam minuman Datuk Farid Kamil terjawab apabila pihak polis meminta dua artis tersebut untuk menyerah diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh 24jam sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular pada tahun 1990-an dan pupular dengan lagu Belaian Jiwa.

Selain dua artis berkenaan, pelakon Sofi Jikan, yang dikaitkan dengan kejadian tersebut telah menyerah diri pada Rabu dan ditahan polis selepas pemeriksaan terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis ganja.

“Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

“Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat,” katanya.

Pada Rabu, pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

Bagaimanapun, pada 31 Januari, Farid Kamil membuat pendedahan mengejut apabila mengadu bahawa tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minuman tanpa pengetahuannya yang menjadi punca dia bertindak ganas ketika di Balai Polis tersebut.

– Mstar

pacatmedia.com

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *