Home / hiburan / Sofi Jikan ‘kasi sengat’ direman selama 3 hari kerna disabitkan kes farid dan didapati positif ganja

Sofi Jikan ‘kasi sengat’ direman selama 3 hari kerna disabitkan kes farid dan didapati positif ganja

 

Pelakon filem, Sofi Jikan, 47, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairol Azhar Mohd Ishak mengeluarkan perintah reman itu terhadap pelakon itu yangt terkenal dengan tagline ‘kasi sengat’.

Sofi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Sofi Jikan berpakaian baju lokap jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada 11.25 pagi, dan keluar diiringi anggota polis 30 minit kemudian.

Pelakon itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada 11 malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

kisah ke2

PETALING JAYA – Pelakon KL Gangster, Sofi Jikan direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif ganja.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd Ishak.

Tempoh tahanan reman berkuatkuasa mulai hari ini.

Pelakon yang berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) AKta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sofi Jikan ditahan positif dadah jenis ganja]

Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Farid dalam laporan itu mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *