Home / politik / Rafizi dan bekas kerani bank dihukum 30 bulan penjara Bermula Hari Ini

Rafizi dan bekas kerani bank dihukum 30 bulan penjara Bermula Hari Ini

Rafizi dan bekas kerani bank dihukum 30 bulan penjara Bermula Hari Ini

Ahli Parlimen Pandan yang juga naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad masing-masing dihukum 30 bulan penjara hari ini selepas didapati bersalah membocorkan data perbankan berhubung akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan mereka melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.

Pada analisis maksimum, katanya, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan dan oleh itu pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin pada RM15,000.

Rafizi, 40, diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala Latheefa Koya mewakili Johari.

Pendakwa raya Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steve Chin menjalankan pendakwaan.

Rafizi dan Johari diperintahkan membela diri pada 25 Oktober lalu.

Rafizi dan Johari didakwa pada 2012 mengikut Seksyen 97 Bafia kerana mendedahkan empat akaun berkaitan NFC dan pengerusinya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, yang adalah suami kepada Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Walaupun Akta itu dimansuhkan pada 2013, tuduhan naib presiden PKR di bawah Bafia masih dilaksanakan

 

respon fb

Ismail Mael Lagi pertambahan sokongan rakyat terhadap PKR @ PH… Pru14 rakyat/pengundi pulak akan jadi Hakim….

Dzulkarnain Amid Undang-undang katun. Yang melapurkan keburukan dihukum. Yang melakukan penyelewengan disanjung. Mana Mufti?

Ash Sahlan Cash is king. Biasa lh tu tapi apa ada Hal sangat pru14 dh dekat pon selepas bentuk kerajaan baru rafizi dan Anwar bebas, kerajaan lama bersama undang2nya akan terbubar dgn sendirinya dan kerajaan baru ada dasar dan undang2nya sendiri

Hukuman penjara 18 bulan Rafizi kekal

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, untuk mengetepikan pelaksanaan hukuman 18 bulan penjara atas pertuduhan mendedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1MDB tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap pertuduhan kedua iaitu mendedahkan kandungan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB, kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Bagi pertuduhan pertama iaitu memiliki laporan terbabit tanpa kebenaran, Rafizi, 40, dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman dikenakan ke atasnya.

Azman berkata, hukuman terhadap Naib Presiden PKR itu tidak terlalu berat kerana mahkamah turut mengambil kira jumlah minimum bagi pertuduhan dan ia memadai.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan Peguam Gobind Singh Deo bagi menangguhkan hukuman sehingga rayuan selesai di Mahkamah Rayuan manakala jaminan RM20,000 dikekalkan.

Pada 14 November 2016, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan, mengenakan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan. Hukuman itu diperintah berjalan serentak.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abbas.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan itu dalam sidang media di tempat dan masa sama, 28 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut peruntukan undang-undang, Mohd Rafizi akan hilang kelayakan bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum kerana seseorang yang disabitkan dan dihukum denda RM2,000 atau penjara lebih setahun tidak boleh menjadi calon

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *