Home / semasa / Pergi Mahkamah syariah hanya buang masa dan wang sahaja – peguam

Pergi Mahkamah syariah hanya buang masa dan wang sahaja – peguam

Pergi Mahkamah syariah hanya buang masa dan wang sahaja - peguam
Pergi Mahkamah syariah hanya buang masa dan wang sahaja – peguam

Pergi Mahkamah syariah hanya buang masa dan wang sahaja – peguam  | Seorang peguam telah menasihati anak guamnya untuk pergi terus ke Mahkamah Persekutuan daripada membuang masa dan wang mereka dengan pergi ke Mahkamah Syariah Perlis untuk mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak membenarkan anak-anak tidak sah taraf boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukannya ‘bin Abdullah’ atau ‘binti abdullah’.

Lokman Hakim, peguam bagi 20 pasangan suami isteri dan seorang ibu tunggal, berkata beliau telah meminta pelanggannya untuk terus ke Mahkamah Persekutuan, dan bukan membuang masa dan wang mereka dengan pergi ke Mahkamah Syariah Perlis untuk mendapatkan satu perintah mahkamah yang akhirnya tidak pun dipatuhi seperti yang telah dilaporkan oleh Malay Mail Online.

“Sebelum ini saya membawa ke Mahkamah Syariah Perlis, walaupun tidak dari Perlis, tetapi saya tetap juga membawa kes ini ke Perlis. Tetapi apabila saya mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi Shariah Perlis, pelanggan saya berjaya mendapat perintah yang mereka kehendaki, tetapi JPN tetap tidak mahu mematuhi arahan itu, jadi saya alihkan semua pelanggan saya untuk campur tangan dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan.”

“Sebab yang diberikan oleh JPN adalah mereka mahu menunggu sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan pada 7 Februari,” katanya, merujuk kepada pendengaran hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan JPN menentang tawaran pasangan suami isteri dari Johor untuk mendapatkan kebenarana memasukkan “bin Abdullah” untuk anak mereka.

Sebelum ini penghakiman bagi kes Indira Ghandi telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah hanyalah tribunal rendah yang diwujudkan Dewan Undangan Negeri manakala Mahkamah Sivil seperti Mahkamah Tinggi berhak campur tangan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah apabila ia melibatkan undang-undang administratif.- menara.my

pandangan penulis

jika dilihat hari ini apa yang kita banggakan tentang Malaysia yang di ungkap sebagai negara islam? sedangkan undang-undang syariah sendiri dimalukan

patutlah mengapa beraninya puak=puak liberal menentang dan hina islam kerana mereka ariff tentang perundangan negara dan tahu tiada tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka.

disamping menunjukkkan bertapa kebalnya mereka disisi undang-undang Malaysia hari ini.

Persoalanya siapa yang nak membela Islam? UMNO? yang telah memerintah 60 tahun di Malaysia namun perut kroni yang kenyang sedangkan undang-undang islam tidak ditegakkan. Apabila timbul sesuatu isu mereka juga berlagak sebagai perjuang kononnya mengutuk tindakan majikan yang dianggap buli pekerja seperti yang tular baru-baru ini isu pekerja hotel dilarang bertudung.

Dan lihat bertapa bongkaknya puak liberal yang terang-terang hina islam dan menyokong golongan LGBT apa tindakan kerajaan BN? hanya senyap dan tutup mulut

bagaimana pula dengan Pakatan ?. Jika dilihat hari ini belum lagi memerintah Malaysia mereka sudah menunjukkan sikap liberal yang nampak ketara anda boleh google apa yang dikatakan oleh pemimpin Pakatan harapan dan apa kata pemimpin DAP .

Bagi penulis tiada satu kerajaan pun yang nampak benar-benar serius untuk menegakkan islam di Malaysia. Harapkan PAS ? dulu mungkin sekarang tak pasti apa penjuangan PAS sebenar seolah-olah bersekongkol dengan UMNO . Namun apapun RUU 355 yang dibawa oleh hadi Awang perlu disokong demi perkasa undang-undang syariah di malaysia

sejauh mana seriusnya RUU ini ? hanya Hadi sahaja yang tahu dan harap ia bukannya sekadar omongan politik sahaja

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *