Home / sedih / akhirnya bapa aina dedahkan puncanya hilang sabar kerna aina tidak baca doa tidur apabila disuruh

akhirnya bapa aina dedahkan puncanya hilang sabar kerna aina tidak baca doa tidur apabila disuruh

 

polis dedah bagai mana Nur Aina diseksa hingga meninggal|Diseksa ala komando. Itu penderitaan dilalui Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, apabila mangsa dipercayai diperlakukan seolah-olah rekrut komando yang sebenar oleh bapa kandungnya.

Kanak-kanak malang terbabit dipercayai dipaksa melakukan tekan tubi, berguling, ‘sit up’ dan ketuk ketampi sebagai denda.

Mangsa turut dipukul, ditampar, disepak, dipijak kepala dan badan serta ditendang oleh bapa kandungnya berusia 35 tahun yang juga anggota tentera di sebuah kem di Port Dickson.

Semua itu dilakukan suspek dipercayai hanya kerana anak perempuannya itu tidak membaca doa tidur, kesilapan ketika mengaji al-Quran dan tidak mendengar arahannya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek yang disyaki mendera mangsa sehingga mengakibatkan kematian.

Ditanya mengenai perbuatan kejam itu, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dilakukan.

Pada Jumaat lalu, polis merampas kerusi dan tali pinggang dipercayai digunakan suspek untuk memukul Nur Aina sehingga meninggal dunia.

Selain itu, polis turut merampas satu botol air kononnya mengandungi air jampi yang digunakan suspek untuk ‘mengubati’ mangsa kerana degil dan tidak mendengar kata.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, ibu tiri mangsa pernah memberitahu suaminya ada membawa mangsa pulang ke Perak untuk berubat pada Disember lalu.

Menurutnya, dia tidak mengetahui mengenai air jampi itu dan terkejut apabila membaca laporan di akhbar.

“Sikap bapa mangsa ketika berada di luar rumah sangat berbeza kerana dia sangat peramah dan baik. Namun, dia jarang ke surau berhampiran sebaliknya memaksa anaknya mengikut jiran ke surau.

“Apa yang dikesalkan apabila netizen tidak berhenti menyalahkan jiran sedangkan kami pernah bertanya mangsa mengenai lebam di mukanya tetapi mangsa memberitahu terjatuh. Lelaki (bapa mangsa) itu juga memberitahu dia tidak pernah mencederakan anaknya,” katanya.

eberita

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *