Home / semasa / Polis banyak makan rasuah tu sebab perut buncit – cikgu dalila hina polis terima balasan serta merta

Polis banyak makan rasuah tu sebab perut buncit – cikgu dalila hina polis terima balasan serta merta

Polis banyak makan rasuah tu sebab perut buncit - cikgu dalila hina polis terima balasan serta merta
Polis banyak makan rasuah tu sebab perut buncit – cikgu dalila hina polis terima balasan serta merta

Susulan daripada isu penghinaan seorang guru yang dikenali sebagai Dalila Ila menerusi akaun Facebook miliknya telah ditangkap oleh anggota Polis malam tadi.

Dalila Ila atau nama sebenar Dalila Binti Tajudin telah menulis satu posting komen di laman Facebook  dengan kenyataan yang mempunyai unsur-unsur kandungan yang menjelikkan dan penghinaan iaitu ;
    “Cikgu kerja hr sabtu ahad xde claim ot.. Polis claim mcm..Mcm..Cikgu kakitangan kerajaan yg boleh dikatakan bebas rasuah..Polis byk mkn rasuah.. Cer tgk perut polis byk buncit buncit.. Hahaa..Nk kejar perompak pun tak daya nanti”

Dalila merupakan seorang guru pendidikan khas di Sek Keb Merbau Sempak, Shah Alam, Selangor dan mempunyai 3 orang anak lelaki.


Komen netizen terhadap Cikgu Dalila di laman sosial Facebook ;


Dalam penahanan pihak polis sepanjang siasatan polis dijalankan, Dalila memberikan kerjasama dan mengaku bersalah menulis komen di situ.

sumber: tehpanas.com

Peringatan kepada orang ramai

Di Malaysia jika anda menghina islam, Nabi mungkin tiada tindakan yang akan dikenakan buktinya lihat Siti Kassim, maryam lee dan ramai lagi yang hina islam namun mereka masih bebas dan masih menghina islam.

Tetapi jika anda hina Najib, Rosmah dan menteri2 pastinya anda akan di tangkap walaupun anda bersembunyi di celahan lubang cacing itulah hakikat undang-undang di Malayssia.

baca info dibawah

Dua didenda hina polis di media sosial

Seorang remaja perempuan dan seorang lelaki ditahan pada Disember dan Januari lalu kerana didapati memuat naik komen yang menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam media sosial di daerah ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Rahmat Othman berkata, remaja berusia 19 tahun itu ditahan di Bandar Penawar, dekat ini kerana didapati memuat naik komen yang menghina PDRM melalui aplikasi WeChat.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati remaja tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan polis yang mengeluarkan saman ke atasnya disebabkan tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Dia telah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi dan mengaku bersalah serta dikenakan denda RM500,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Rahmat memberitahu, seorang lelaki berusia 37 tahun pula ditangkap di bandar ini atas kesalahan memuat naik komen berbaur lucah dan penghinaan terhadap PDRM melalui laman sosial, Facebook.

Ujarnya, lelaki berkenaan juga telah didakwa di bawah akta yang sama dan dikenakan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

“Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak emosi dan hendaklah berhemah ketika memuat naik sebarang komen, kritikan dan apa jua pandangan.

“Kebebasan adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 dan lain-lain,” katanya.

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *