Home / politik / Anina pelacur & jalang politik kata Abdillah Awang

Anina pelacur & jalang politik kata Abdillah Awang

Anina pelacur & jalang politik kata Abdillah Awang
Anina pelacur & jalang politik kata Abdillah Awang

Anina pelacur & jalang politik kata Abdillah Awang | Sebut sahaja Anina siapa tak kenal seorang yang lama berpolitik dan orang kuat UMNO kemudian telah lompat parti dengan mengikuti Tun Mahathir ke Parti BERSATU. Disebabkan ada masalah dalaman parti tersebut Anina sekali lagi meninggalkan parti dan kini dikatakan kembali bersama UMNO.

Hari ini beliau telah meluahkan sesuatu di facebooknya ini yang kami kongsikan

Saya mengambil masa 9 bulan untuk menilai dan memutuskan untuk meninggalkan PPBM walaupun ianya adalah parti yang saya asaskan bersama Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ianya adalah sejarah yang terlakar dalam tinta negara untuk selamanya.

Gugur keahlian UMNO yang saya pegang selama 22 tahun kerana kasih sayang saya kepada Tun M. Ianya sejarah bagi UMNO apabila seorang ahli menyaman Presiden dan saya satu2 nya ahli UMNO yang gugur keahlian UMNO secara automatik dalam 71 tahun sejarah penubuhannya.

Saya menjadi wanita pertama di dunia yang menyaman Perdana Menteri atas isu politik dalaman parti.

Adakah saya menyesali segala yang berlaku? Jawapan saya, tidak. Saya tidak menyesali pengalaman kerjaya politik saya yang penuh sejarah dan liku pahit. Namun, saya bangga kerana saya diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk bangun dan berdiri dengan semangat berani mati untuk menebus kesilapan saya menjadi sebahagian dari penyebab pecah belahnya bangsa Melayu di tanah milik Melayu sendiri. Ianya permohonan maaf terindah dari saya untuk bangsa saya sendiri.

Biar dicerca dan dimaki hari ini, namun saya tidak akan sama sekali berganjak dari perjuangan mengekalkan kuasa bangsa. Penghinaan tidak akan memberi kesan ke atas jiwa perjuangan saya.

Selamat tinggal PPBM dan segala memori yang terkandung di dalamnya. Saya tidak akan kembali walau badan saya dicincang lumat kerana keputusan yang saya buat dalam tempoh 9 bulan adalah tempoh yang cukup panjang.

Saya tidak membawa walau seorang pembantu saya melainkan seorang pembantu yang benar-benar memahami jiwa saya, beliau tidak dibayar untuk mengikuti saya dan saya percaya ribuan ahli akar umbi telah turut meninggalkan PPBM dalam diam.

Untuk apa saya berbangga dengan teriakan “hidup Anina” ketika bangsa saya dijadikan mainan politik. Untuk apa saya bersedih ketika orang menggelar saya “pelacur politik” sedangkan saya dalam perjuangan untuk menyatukan bangsa yg mulia di bumi Malaysia.

Selamat tinggal sejarah lalu dan saya kini bangun untuk masa depan anak bangsa. Saya mohon pengundi atas pagar dan lebih 80 ribu pengikut saya di facebook (personal fb dan page https://m.facebook.com/AninaSaadudinOfficial/ ) untuk menilai sedalamnya langkah wanita Melayu kerdil ini dalam meniti perjuangan bangsa.

Terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi semangat kepada saya. Facebook messenger saya tidak mungkin terjawab satu persatu.

Terima kasih juga kepada yang membantu saya secara peribadi dalam memastikan saya terus tabah melalui proses baru dalam kehidupan. Saya bukan pejuang wanita yang serba sempurna kekuatan dari segala sudut kerana saya hanya manusia biasa. Ada ruang tertentu dalam hidup saya yang anda isi dengan cara yang tidak mungkin orang lain mampu lakukan (anda tahu siapa anda).

Semoga Allah berkati ABATA di bumi Malaysia!

Anina Saadudin
1:03 am
6 Feb 2018
Bandar Baru Bangi

bengang dengan status tersebut inireaksi netizen

Image may contain: 4 people, people smiling

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *