Home / semasa / Umat Islam yang ingin murtad boleh memohon dibicarakan di Mahkamah Sivil kata V Anbalagan

Umat Islam yang ingin murtad boleh memohon dibicarakan di Mahkamah Sivil kata V Anbalagan

Umat Islam yang ingin murtad boleh memohon dibicarakan di Mahkamah Sivil kata V Anbalagan
Umat Islam yang ingin murtad boleh memohon dibicarakan di Mahkamah Sivil kata V Anbalagan

Umat Islam yang ingin murtad boleh memohon dibicarakan di Mahkamah Sivil kata V Anbalagan | Petaling Jaya, Selangor: Kolumnis sebuah portal tempatan, V Anbalagan mendakwa, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M Indira Gandhi seolah-olah menunjukkan bahawa golongan yang mahu murtad boleh memohon untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil.

Dakwanya lagi, penghakiman tersebut juga menunjukkan bahawa Mahkamah Sivil sebenarnya mempunyai kuasa dalam penghakiman (penukaran agama) dan keputusan kes murtad Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Lain-lain (2007) juga,

dalam kes Haji Ramli Abdullah lwn Siti Hasmah Vangarama Abdullah & Lain-lain (2014) sebelum ini adalah salah. Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali yang mengumumkan keputusan sebulat suara kes M Indira Gandhi bersama 5 panel hakim yang lain berkata, Mahkamah Sivil tidak boleh mengelak mendengar kes penukaran agama kerana ia adalah hak Perlembagaan.

“Kami mengambil pendirian tegas terhadap perkara ini – sebelum Mahkamah Sivil menolak bidang kuasa berdasarkan pada kekuatan Perkara 121(1A), ia harus terlebih dahulu memeriksa atau meneliti sifat perkara tersebut.”

“Jika ia melibatkan isu Perlembagaan, ia tidak sepatutnya menolak untuk mendengar hanya berdasarkan bidang kuasa,” kata Zainun dalam penghakiman 101 muka surat.

Kata Hakim Zainun lagi, trend kehakiman masa lalu berpendapat bahawa, oleh kerana penukaran agama melibatkan undang-undang dan amalan Islam, maka hanya Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai kuasa untuk menghakiminya.

Akan tetapi, kuasa semakan kehakiman, pentafsiran perlembagaan atau statutori adalah unsur utama kuasa kehakiman Mahkamah Sivil di bawah Perkara 121(1).

Justeru, sebagai sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan, kuasa kehakiman tersebut tidak boleh diberikan kepada Mahkamah Syariah, sama ada melalui pindaan Perlembagaan, undang-undang Parlimen atau undang-undang negara.

Dalam membenarkan rayuan M Indira Gandhi untuk mengenepikan penukaran agama 3 anaknya oleh bekas suaminya Riduan Abdullah, mahkamah berpendapat suami atau isteri yang memeluk agama Islam tidak boleh menukar agama anak-anak mereka yang masih kecil tanpa persetujuan pasangan yang tidak menukar agama.

Keputusan pembatalan pengislaman ketiga-ketiga anak M Indira Gandhi oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah melukakan dan mengecewakan perasaan umat Islam dan menunjukkan bahawa undang-undang Islam masih dianaktirikan di negara ini.menara.my

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *