Home / politik / PPBM dibatalkan pendaftaran oleh JPPM ? Ini dalang sebenar yang cuba hancurkan PPBM !

PPBM dibatalkan pendaftaran oleh JPPM ? Ini dalang sebenar yang cuba hancurkan PPBM !

PPBM dibatalkan pendaftaran oleh JPPM ? Ini dalang sebenar yang cuma hancurkan PPBM !
PPBM dibatalkan pendaftaran oleh JPPM ? Ini dalang sebenar yang cuma hancurkan PPBM !

PPBM dibatalkan pendaftaran oleh JPPM ? Ini dalang sebenar yang cuma hancurkan PPBM !  | PUTRAJAYA: PPBM tidak menolak kemungkinan ada individu yang dibayar pihak luar untuk mengaku mereka ahli parti itu bagi membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) demi memburuk-burukkan PPBM.

Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor memberitahu FMT, ia bukan perkara baru kerana ia berlaku sebelum dan selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, Disember lalu.

“JPPM juga ada beritahu kami banyak terima aduan. Kita serah kepada JPPM buat keputusan.

“Mereka ini mungkin dibayar. Tetapi kita tak sahkan lagi sebab belum buat siasatan lagi terhadap mereka yang buat aduan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa pihak mengaku diri mereka ahli PPBM dan membuat aduan kepada JPPM yang parti itu tidak mematuhi perlembagaannya walaupun selepas AGM diadakan.

Pada 30 Disember lalu, PPBM mengadakan AGM pertama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, selepas lebih setahun ia didaftarkan pada September 2016.

Parti dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendakwa mereka terpaksa mengadakan AGM di sebalik ancaman pembatalan pendaftaran oleh JPPM, susulan masalah membabitkan penstrukturan cawangan serta bahagiannya yang tidak diiktiraf JPPM.

Mengulas lanjut, Kamaruddin mengesyaki individu terbabit yang membuat aduan kepada JPPM mempunyai agenda tersembunyi.

“Kalau betul-betul ahli, sepatutnya buat aduan kepada kita (parti) dulu. Kita sudah jangka akan ada beberapa kumpulan daripada mereka ini akan buat aduan lagi, sebab itu saya tidak terkejut. Kita pun tidak tahu siapa mereka.”

Sementara itu, katanya, PPBM masih menunggu maklum balas JPPM selepas menghantar laporan penuh berhubung AGM itu kepada jabatan berkenaan.

Ahli dakwa AGM pertama PPBM tidak ikut perlembagaan

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) digesa membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabtu lalu kerana didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.

Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn yang membuat dakwaan itu berkata AGM dilihat “syok sendiri” kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Pemuda) dan Srikandi juga tidak diadakan.

“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak JPPM membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di JPPM hari ini.

Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh JPPM.

Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.

“Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan,’ katanya.

Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.

Sebelum ini, JPPM memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan 3 kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *