Home / semasa / Mufti: Najib, Rosmah pun buat isyarat jari telunjuk tanda 1malaysia bukan kump.militan IS

Mufti: Najib, Rosmah pun buat isyarat jari telunjuk tanda 1malaysia bukan kump.militan IS

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempertahankan dirinya ekoran dipertikaikan kerana membuat isyarat jari dipopularkan kumpulan militan IS.

Tanpa memberi komen lanjut, beliau sekadar menunjukkan gambar Datuk Seri Najib Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor.

Imej itu memaparkan pasangan terbabit juga melakukan aksi jari sama – seperti menunjuk isyarat satu – merujuk kepada slogan diperkenalkan kerajaan Najib iaitu 1Malaysia.

“Itu komen saya,” kata Mohd Asri mengiringi gambar berkenaan ketika dihubungi Malaysiakini menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu Malaysiakini menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai laporan FMT yang menerbitkan pandangan ahli akademik, Dr Faisal Tehrani.

Baca: Asri tuduh Faisal ‘berbohong’

Gambar itu dirakamkan ketika Mohd Asri bertemu dengan pemimpin Majlis Intelektual dan Ulama Muda Indonesia (MIUMI) yang didakwa beraliran salafi. Pertemuan itu berlangsung di Indonesia.

Pada gambar berkenaan kelihatan Mohd Asri serta yang lain-lain membuat isyarat jari telunjuk – suatu identiti yang dipopularkan IS di seluruh dunia.

image: https://i.malaysiakini.com/1122/47cb1d5aef84edb55459fd5553ca374b.jpeg

“Saya sangat tersentak!” ciap Faisal yang juga penulis terkenal itu di Twitternya.

Isyarat jari telunjuk itu biasanya dilakukan ketika orang Islam melakukan tahiyat dalam solat.

Kumpulan pengganas IS pula mentafsir isyarat berkenaan sebagai penegasan tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang satu.

IS juga dipercayai membuat isyarat berkenaan sebagai doktrin untuk memusnahkan Barat serta menunjukkan bahawa mereka akan menguasai dunia.

Seperti tanda salut Nazi, isyarat ‘satu’ itu juga menjadi sebahagian propaganda IS terutamanya di kalangan golongan muda.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411179#U9Zwl63s8MFD8Gtg.99

respon fb

Sapursa Ratuadil 1malaysiapun berkuburlah!!!
 

Muhammad Riduwan Tunjuk jari pon takut. Kahkah. Jangan sampai aq tunjuk jari tengah.

Joefizy Joe 1malaysia..1mdb=1malaysia dlm bahaya.

 

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *