Home / semasa / Inilah sebabnya mengapa Tesco Seksyen 13 Shah akan di tutup

Inilah sebabnya mengapa Tesco Seksyen 13 Shah akan di tutup

Pasaraya Tesco Extra di Seksyen 13 Shah Aakan di tutup
Pasaraya Tesco Extra di Seksyen 13 Shah Aakan di tutup

Pasaraya Tesco Extra di Seksyen 13 Shah Aakan di tutup | SHAH ALAM, 5 FEB: Pasaraya Tesco Extra di Seksyen 13 bersebelahan pusat membeli belah Aeon akan mengakhiri operasi mereka bagi memberi laluan kepada pembangunan Bandar Perubatan SELGATE di tapak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SELGATE, Noor Hisyam Mohd Ghouth berkata, Tesco sudah memaklumkan pengosongan bangunan akan dibuat sehingga hujung bulan ini.

“Pelan pembangunan pusat perubatan pakar dalam perawatan jantung dan penjagaan kesihatan itu akan mula dihantar pada suku tahun ketiga 2018,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pusat perubatan pakar Hospital Pakar IJN-SELGATE itu bakal dibina dalam kerangka pembangunan Bandar Perubatan SELGATE di atas tanah seluas 4.6 hektar dengan kos pembangunan sekitar RM250 juta dan dijangka mula beroperasi menjelang 2020.

Inisiatif kerjasama antara IJN Holdings dengan SELGATE Corporation Sdn Bhd itu turut menawarkan perkhidmatan pada kos berpatutan dengan mensasarkan masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah.

Penutupan operasi Tesco Extra cawangan itu dimaklumkan menerusi gegantung yang dipasang di kawasan sekitar selain netizen berkongsi foto berkenaan di laman sosial.

“Terima kasih. Kami akan berpindah kelak, 28 Februari 2018,” katanya.

Pengguna masih boleh terus membeli belah cawangan Tesco Shah Alam, Seksyen 13 berhampiran Bulatan Kayangan selain menerusi atas talian di tesco.com.my.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG
lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *