Home / sedih / Telefon bimbit sudah dijumpai, bagaimana dengan nyawa mangsa- ibu saudara M. Vasanthapiriya

Telefon bimbit sudah dijumpai, bagaimana dengan nyawa mangsa- ibu saudara M. Vasanthapiriya

Seorang pelajar berusia 14 tahun meninggal dunia selepas bertindak menggantungkan diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Mangsa, M Vasanthapiriya disahkan meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di Hospital Seberang Jaya akibat kecederaan otak.

Keluarga mangsa yang sedih meluahkan perasaan kecewa, selain mahu menegakkan keadilan bagi kematian mangsa.

“Telefon bimbit yang hilang kononnya dicuri mangsa dijumpai tercicir di kedai makan namun bagaimana dengan anak saudara saya yang kini sudah meninggal dunia?

Telefon bimbit yang hilang kononnya diambil mangsa itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan sebelum mereka menuduh anak saudara saya mengambilnya.

Telefon bimbit sudah dijumpai, bagaimana dengan nyawa mangsa,” kata A Lalitha, ibu saudara M. Vasanthapiriya.

Malah menurut wanita berusia 43 tahun itu, anak saudaranya seorang yang sensitif dan ketika dituduh mengambil telefon bimbit dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel yang mengikuti perkembangan memaklumkan bahawa keluarga mangsa mengalami kesedihan dan tertekan.

“Keluarga pelajar 14 tahun berkenaan begitu sedih dan tertekan dengan kejadian itu. Malaysian Tamilar Kural juga membantu keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan.

Kami sudah membuat laporan polis minggu lalu dan sudah empat hari sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang panggilan daripada polis atau pihak Jabatan Pendidikan negeri.

Kenapa diam? Kenapa mereka masih belum memberikan jawapan terhadap persoalan kami ajukan?,” katanya yang mahu kejadian bunuh diri diklasifikasikan sebagai satu kes bunuh dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap guru dan suaminya yang didakwa menggertak mangsa sebelum mengambil tindakan membunuh diri.

Menurut bapa remaja itu, dua hari sebelum kejadian terbabit, mangsa dan rakannya mengumpulkan wang RM70 untuk menyambut majlis hari jadi guru berkenaan.

“Dia serahkan duit itu kepada saya untuk memasak hidangan untuk majlis itu di sekolah. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini akan berlaku selepas majlis itu,” katanya.

Menurut Harian Metro, Vasanthapiriya yang merupakan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal dipanggil oleh empat guru sekolahnya Rabu minggu lalu sebelum dituduh mengambil iphone milik salah seorang daripada guru berkenaan.

Walaupun mangsa beberapa kali menolak tuduhan itu salah seorang daripada guru memukulnya. Guru yang kehilangan telefon bimbit itu bersama suaminya yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Nibong Tebal mengugut membuat laporan polis ke atas mangsa.

Difahamkan guru yang terlibat telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah (PPD) Seberang Prai Selatan susulan kes berkenaan.

Sumber Harian Metro

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *