Home / politik / Walaupun di humban dalam api neraka saya tetap bagi undi rosak

Walaupun di humban dalam api neraka saya tetap bagi undi rosak

Walaupun di humban dalam api neraka saya tetap bagi undi rosak
Walaupun di humban dalam api neraka saya tetap bagi undi rosak

Walaupun di humban dalam api neraka saya tetap bagi undi rosak | Kuala Lumpur: Abdul Adieka Amirul, aktivis kempen #UndiRosak berikrar akan tetap merosakkan undi beliau meskipun akan dihukum masuk neraka sekalipun. Aktivis Komuniti Muslim Universal (KMU) – NGO yang memperjuangkan hak golongan LGBT itu turut mengaku tidak memeluk Islam ala Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Tegas beliau, “Maaflah, aku tak memeluk Islam ala PAS. Walau aku dihukum masuk neraka sekalipun, aku tetap akan #UndiRosak.”

Maaflah, aku tak memeluk Islam ala PAS.

Walau aku dihukum masuk neraka sekalipun, aku tetap akan #UndiRosak. https://t.co/tRfOOwksrr

— Si Bujang Berani© (@adieka95c) January 29, 2018

Sebelum ini, pelajar dalam bidang perundangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu juga pernah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila beliau seolah-olah tidak keberatan untuk menyeru sembahan-sembahan penganut agama Kristian dalam doanya supaya memberkati penganut-penganut agama Kristian di seluruh dunia,

terutamanya Sivin Kit, tokoh gereja yang dilawati oleh beliau di dalam sebuah program anjuran KMU. Ucapan penghargaan Abdul Adieka yang disertai dengan doanya,

“Juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sivin Kit yang mewakili Bangsar Lutheran Church kerana menerima kami sebagai tetamu.

Semoga Tuhan Yesus memberkati tuan dan seluruh umat Kristian di seluruh dunia.” Atas nama kepercayaan triniti agama Kristian, Abdul Adieka juga telah memberi kebenaran untuk gereja Sivin Kit menggunakan gambar-gambarnya, “In the name of Father, Son and Holy Spirit.”

sebelum ini beliau dikecam netizen islam kerana mengeluarkan kenyataan seperti berikut

Putrajaya: Islam di Malaysia perlu direformasikan agar sesuai dengan kehendak masa kini dan semoga ‘Tuhan Yesus’ memberkati Sivin Kit dan seluruh umat Kristian di seluruh dunia, luahan hati Abdul Adieka Amirul,

salah seorang peserta yang telah menyertai program-program anjuran Komuniti Muslim Universal (KMU) dan Sisters in Islam (SIS) baru-baru ini.

Dalam program itu, Abdul Adieka Amirul pada awalnya berasa janggal untuk beramah mesra dengan Jemaah Ahmaddiyyah Muslim Malaysia yang telah difatwakan sesat di seluruh negara, namun beliau mengubah fikirannya setelah terharu melihat betapa para penganut ajaran yang difatwakan sesat tersebut beristiqamah dalam berakhlak berpandukan kalam imam agung mereka, Mirza Ghulam Ahmad.

“Saya tidak langsung melihat akan perbezaan antara mereka dengan Ahli Sunnah, malah ketika itu, saya berkesempatan untuk menunaikan solat Zohor saya pada hari itu dengan berimamkan seorang Ahmadiyyah.Tiada sebarang perbezaan pun antara solat mereka dan solat seorang Sunni.

Jika saya mengajukan masalah ini kepada ulama Sunni, tentu mereka akan mengatakan yang solat saya tidak sah pada ketika itu, kerana berimamkan seorang kafir,” dedah beliau.

“Namun, itu realitinya. Saya telah ditakdirkan hidup pada zaman di mana manusia mengambil alih kerja Tuhan iaitu menghakimi manusia, sedang yang akan menentukan seseorang itu sama ada ke syurga atau neraka adalah urusan sang Khaliq, bukan urusan para makhlukNya,” katanya lagi.

Beliau juga berikrar, “Saya berjanji, bahawa saya akan berusaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap golongan Ahmadiyyah.”

Pelajar dalam bidang perundangan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu juga seolah-olah tidak keberatan untuk menyeru sembahan-sembahan penganut agama Kristian dalam doanya supaya memberkati penganut-penganut agama Kristian di seluruh dunia, terutamanya Sivin Kit, tokoh gereja yang dilawati oleh beliau di dalam program tersebut.

Ucapan penghargaan Abdul Adieka yang disertai dengan doanya, “Juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sivin Kit yang mewakili Bangsar Lutheran Church kerana menerima kami sebagai tetamu. Semoga Tuhan Yesus memberkati tuan dan seluruh umat Kristian di seluruh dunia.” Atas nama kepercayaan triniti agama Kristian, Abdul Adieka juga memberi kebenaran untuk gereja Sivin Kit menggunakan gambar-gambarnya, “In the name of Father, Son and Holy Spirit.”

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *