Home / politik / Syarikat penyelidikkan bongkar Malaysia di bawah pimpinan Najib tersenarai negara demokrasi cacat

Syarikat penyelidikkan bongkar Malaysia di bawah pimpinan Najib tersenarai negara demokrasi cacat

Syarikat penyelidikkan bongkar Malaysia di bawah pimpinan Najib tersenarai negara demokrasi cacat
Syarikat penyelidikkan bongkar Malaysia di bawah pimpinan Najib tersenarai negara demokrasi cacat

Syarikat penyelidikkan bongkar Malaysia di bawah pimpinan Najib tersenarai negara demokrasi cacat | PETALING JAYA: Sebuah syarikat penyelidikan berpangkalan di London, The Economist Intelligence Unit (EIU) mengkategorikan Malaysia antara 57 negara yang mengamalkan “demokrasi cacat” dalam Indeks Demokrasi.

Berdasarkan penilaian EIU ke atas 167 negara, Malaysia berada di kedudukan ke-59 dengan skor keseluruhan 6.54, jauh ditinggalkan Korea Selatan (20), Amerika Syarikat (21), Jepun (23), Israel (30), Taiwan (33), Afrika Selatan (41), India (42) dan Filipina (51).

Malaysia bagaimanapun mengatasi Indonesia (68), Singapura (69), Thailand (107), Myanmar (120), China (139), Vietnam (140) dan Arab Saudi (159).

Kurang 5% populasi dunia hidup dalam “demokrasi penuh” berdasarkan laporan 2017 itu yang menilai sejauh mana fungsi sistem politik setiap negara di bawah 5 kategori – proses pilihan raya dan pluralisme; kebebasan awam; fungsi kerajaan; penyertaan politik dan budaya politik.

Norway mendahului negara lain dalam Indeks Demokrasi itu, diikuti Iceland, Sweden, New Zealand dan Denmark.

Indeks Demokrasi 2017 itu mendapati tiada rantau yang mencatat peningkatan dalam skor puratanya berbanding 2016.

Purata skor rantau untuk Amerika Utara (Kanada dan AS) kekal sama, manakala semua 6 rantau lain mengalami kemerosotan.

Berbanding trend baru-baru ini, Asia dan Australasia menjadi rantau berprestasi paling teruk tahun lalu.

“Negara mencapai prestasi terbaik” beberapa tahun ini turut mengalami kemerosotan dalam skor purata rantau buat pertama kali sejak 2010-11, selepas krisis kewangan dan ekonomi global.

Berdasarkan Indeks Demokrasi 2017, sebanyak 76 atau 45.5% daripada 167 negara boleh dianggap demokratik.

Jumlah negara yang kekal “demokrasi sepenuhnya” ialah 19 sama seperti 2016, berbanding 20 pada 2015 selepas AS jatuh dalam kategori “demokrasi cacat”.

Pencapaian AS jatuh kepada 7.98 pada 2016, mencerminkan kemerosotan mendadak dalam keyakinan rakyat ke atas fungsi institusi awam, trend yang wujud sebelum – dan dipengaruhi – pemilihan Donald Trump.

Daripada baki 91 negara dalam indeks itu, 52 negara diklasifikasikan “autoritarian” dan 39 negara “rejim hibrid”.

Pencapaian terbaik dalam Indeks Demokrasi 2017 dari segi kedudukan ialah The Gambia daripada “autoritarian” kepada “rejim hibrid”.

Ia kini di kedudukan 113 berbanding 143, selepas skornya meningkat daripada 2.91 kepada 4.06, peningkatan terbesar tahun lalu susulan peralihan kuasa secara demokratik yang mengakhiri pemerintahan Yahya Jammeh selama 22 tahun, diktator yang menyekat kebebasan berpolitik, menumpukan kuasa di kalangan kumpulan etniknya dan banyak bergantung kepada tentera untuk menakutkan rakyat.

Indonesia pula mencatatkan prestasi terburuk pada 2017, jatuh 20 tempat dalam ranking global daripada 48 ke 68, selepas skornya merosot daripada 6.97 kepada 6.39.

EIU turut memberi tumpuan khas kepada kebebasan media di seluruh dunia dan cabaran dalam mengamalkan kebebasan bersuara dalam kajiannya tahun lalu.

Berdasarkan Indeks Kebebasan Media EIU, hanya 30 daripada 167 negara yang mewakili 11% populasi dunia diklasifikasikan “bebas sepenuhnya”, manakala 40 negara “sebahagian bebas”, 50 negara “sebahagian besar tidak bebas” dan 47 negara “tidak bebas”.

Antara negara yang memiliki kebebasan media sepenuhnya adalah AS, Australia, Taiwan, Israel dan Jamaica.

Malaysia yang berada di kedudukan 109 dikategorikan “sebahagian besar tidak bebas” bersama Hong Kong, Indonesia, Nepal, Sri Lanka, dan Afghanistan.

Negara “tidak bebas” termasuk Singapura, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Rusia, China, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Turki dan Korea Utara.

Negara yang dikategorikan “sebahagian besar tidak bebas” dan “tidak bebas” bermakna rakyat tidak memiliki akses kepada media bebas dan dihalang melaksanakan hak untuk menyuarakan pendapat.

 

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *