Home / islam / ‘Sedih bila anak sudah Islam, tetapi undang-undang paksa murtad’

‘Sedih bila anak sudah Islam, tetapi undang-undang paksa murtad’

‘Sedih bila anak sudah Islam, tetapi undang-undang paksa murtad’

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam tidak sah dan batal, memberi kesan besar kepada kehidupan beragama mereka selepas ini.

Mengakui terkejut dengan keputusan itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sesuatu perlu dilakukan termasuk penggubalan segera undang-undang melindungi kanak-kanak yang sudah memeluk Islam.

“Berita ini sangat menyedihkan seluruh umat Islam. Walaupun tiga kanak-kanak itu telah Islam, tetapi mereka terpaksa murtad mengikut agama ibu kerana akur dengan keputusan mahkamah.

“Sedangkan jika menurut Islam, kanak-kanak bawah agama adalah mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam. Jadi ini jelas bercanggah dengan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah berkata, meskipun keputusan mahkamah perlu dihormati semua pihak, namun ia seolah-oleh bercanggah dengan hukum Islam.

“Bukan saja ia mencabar umat Islam, malah ia mencabar kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja yang bertangunggjawab kepada agama Islam dan pengikutnya,” katanya.

respon pembaca

Ikmal Hisham Mohd Hashim “Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.”

Dari dulu lagi dah begini , jangan jadi kan isu. Sekarang bebudak tu dah atas 18 tahun, Ada hak utk buat keputusan sendiri.
Itu lah yg dibuat oleh Tun Salleh Abas dlm kes Suzie Teoh.! Dia simpan file budak tu hingga dah umor 18 tahun bila mahkamah bersidang balik. Dia serahkan keputusan pd budak tu utk pilih Islam atau kekal Buddha..dgn terketar ketar dia umum nak pilih Islam.
Akibat nak selamat kan akidah budak tu, tindakan dia dijadikan alasan beliau hadapi tribunal.

Azharali Zaini Mereka terpaksa murtad atau mmg diorang tak nak beragama Islam pun? Pelik jugaklah kisah ni, as a muslim walau diperintah murtad pasti oneself akan determine to be muslim and say it out to the masses unless diorang sendiri yg tak nak jd muslim

Krishnan Suppiah Apa yang terpaksa dan apa yang paksa.u orang tukar agama budak bawah umur tanpa pengetahuan ibu itu boleh.tanpa ibu itu anak datang dari mana.dari langit kah.lain kali ambil persetujuan dulu daripada kedua dua ibu bapa.mereka kahwin pun dibawah undang undang sivil bukan syariah.janga melalui pintu belakang itu panggil kurang sopan.mana mana agama pun tak ajar begitu.

Borhan Ibrahim Sepatutnya mahkamah tidak boleh memutuskan supaya anak-anak ini murtad. Sebaliknya meminta mereka memilih sendiri agama yang mereka mahu kerana telah berumur lebih 18 tahun.

Razali Noor Mula2 rasa sensitif juga bab ni, tapi itu berkaitan perundangan biar undang2 tentukan kerana semua org termasuk hakim tertakluk kpd logikal undang2. Budak2 tu dh bertahun2 hidup dlm islam pastinya bila mereka dah cukup umur mereka berhak mendapat hak mereka jika Allah memberi hidayah utk merek terus sebagai seorang muslim,perlucutan oleh mahkamah bukan lg murtad kerana individu terbabit tidak melakukan @ mohon keluar islam….pemahaman ini setakat yg kita tau lah tapi sebenarnya pendirian budak2 tu kita pun x tau wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *