Home / Uncategorized / Pengkalan TUDM Sungai Besi Tergadai Kepada China?

Pengkalan TUDM Sungai Besi Tergadai Kepada China?

#PENGKALAN_TUDM_SG_BESI_TERGADAI_KEPADA_CHINA?

Oleh : Dr Abdul Rahman Abd Kadir

Di sana sini dapat kita lihat cai pembangkang yang anti pembangunan menghasut kononnya tanah TUDM tergadai kepada China.

Mereka cukup benci dengan rancangan pembinaan Bandar Malaysia di sana yang bakal menjadi bandar bawah tanah terbesar di dunia lengkap dengan stesen keretapi bullet train di atasnya. Mereka lebih suka pengkalan lama kekal di sana sedangkan ia sudah hilang nilai strategik ketenteraan.

Hakikatnya, siapakah sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini? Benarkah ia milik China?

Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:

a) 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

b) 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia.

c) 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ)

d) 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ. Yup, bullet train yang akan memendekkan perjalanan KL ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit!

Secara ringkasnya:

– 54 peratus adalah milik syarikat-syarikat kerajaan

– 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).

Kesimpulannya,

– 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia

– Hanya 24 peratus adalah milik China.

Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM? Cai fail matematik ke?

Tanah itu dibeli oleh 1MDB pada asalnya dengan harga RM 400 juta. Apakah nilai ini murah?

Sedangkan, sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara baru untuk unit-unit TUDM dari pengkalan udara lama.

Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion (RM 400 juta + RM 1.6 billion). Murah nenek ko. hihihihi. 00

Bayangkan apa yang boleh dimanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran Tun Mahathir!

Fikir-fikirkanlah!

Diolah dan diringkaskan dari nukilan asal bro Captain (B) John F Seademon, TUDM
Komen Facebook

Angah Amat ·
Nilai

malaun pro pem tk guna cakap…….mereka buatx2 buto,pekak,nyanyok,dll..dan akan spin dan twist segala fakta untuk mengelirukan dan memesongkan persepsi serta minda orang ramai.Mereka sanggup bukan sahaja sanggup mengadaikan maruah bahkan menjilat ludah mereka asalkan citax2 dan impian mereka tercapai. Mereka juga akan menghalalkan cara tanpa memperdulikan apa kah akibatnya.Janji matalamat mereka tercapai.Memang jenis HAMSAD
http://www.tv14.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *