Home / pelik / Pelatih polis wanita dedahkan kemaluan mereka dimasukkan 2 jari Untuk memastikan anak dara atau isteri orang

Pelatih polis wanita dedahkan kemaluan mereka dimasukkan 2 jari Untuk memastikan anak dara atau isteri orang

 Pelatih polis wanita dedahkan kemaluan mereka dimasukkan 2 jari Untuk memastikan anak dara atau isteri orang
Pelatih polis wanita dedahkan kemaluan mereka dimasukkan 2 jari Untuk memastikan anak dara atau isteri orang(gambar hiasan)

https://1.bp.blogspot.com/-9PUlsL1Opr4/WLGSHIzL-nI/AAAAAAAAESs/Iev5cdkpgyc2aKVZKQ77bmRtDYoBvjF5gCLcB/s1600/Screen%2BShot%2B2017-02-25%2Bat%2B10.17.19%2BPM.png

Perkara tersebut tidak berlaku di malaysia kerana di malaysia untuk menyertai anggota Polis mereka perlu mengiguti syarat-syarat dibawah

Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berminat bekerja di sektor Kerajaan dan berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga iaitu :

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)

Tarikh tutup permohonan Terbuka 2017/2018
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Kelulusan : Ijazah , Diploma dan SPM
Tempat : Seluruh Balai Polis dan IPK dan IPD

Syarat Permohonan:

Mulai 20 Mac 2012, kesemua permohonan bagi pengisian jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlulah dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ~ spa.gov.my

Calon­calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah SarjanaMuda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.

Sila rujuk pautan : Skim Perkhidmatan PDRM.

Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui pautan di bawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat­maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon yang berminat, sila isi borang pemohonan di laman SPA hantar permohonan terperinci dengan sijil anda dan pengalaman kerja yang lepas jika diminta menggunakan link di bawah. Klik butang di bawah untuk memohon:( Borang permohonan disini )

Antara Soalan Lazim yang dipetik portal PDRM

Apakah jawatan yang ditawarkan di bawah agensi Polis Diraja Malaysia?

Jawatan beruniform yang ditawarkan dalam PDRM adalah secara Lantikan Terus dan juga Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jawatan Inspektor
Jawatan sarjan
Jawatan Konstabel
Jawatan Konstabel Orang Asli
Jawatan Konstabel Sokongan
Apakah kelayakan akademik yang saya perlukan untuk menyertai pasukan polis?
Kelayakan minimum akademik yang anda perlukan adalah seperti berikut:
Konstabel Sokongan – Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Konstabel – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kadet Sarjan – Diploma
Inspektor – Ijazah.

Apakah syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM?

Syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM adalah seperti berikut:

a. Jawatan Inspektor, Sarjan dan Konstabel
Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu.
Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap.
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

b. Jawatan Konstabel Orang Asli:
Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m (lelaki) tanpa sepatu
Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg
Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

c. Jawatan Konstabel Sokongan:
Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu
Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

Bagaimanakah cara memohon jawatan di dalam PDRM?
Mulai 20 Mac 2012 semua permohonan jawatan di dalam PDRM adalah melalui sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan terbuka sepanjang masa dan ianya adalah secara ‘on-line’ dan tidak ada tarikh tutup permohonan. Pemohon perlu mendaftar melalui laman spa di www.spa.gov.my dan memasukkan butir-butir maklumat diri. PDRM akan melaksanakan pengambilan apabila terdapat kekosongan yang wujud dan kelulusan perjawatan baru oleh JPA.

Bagaimana untuk menyemak status permohonan?
Selepas calon-calon membuat permohonan melalui laman web SPA di www.spa.gov.my sebarang semakan permohonan hanya boleh dibuat dilaman web tersebut sahaja. Manakala Sistem Semakan Online (SSO) PDRM pula adalah sistem semakan bagi calon yang telah disenarai pendek bagi panggilan Ujian Fizikal dan Temu Duga.

Sekiranya permohonan telah dibuat, berapa lamakah tempoh masa untuk mengetahui keputusan untuk proses selanjutnya?
Sebaik sahaja permohonan dihantar ke laman web SPA, calon-calon perlu menunggu selama satu tahun dari tarikh permohonan dibuat. Sekiranya dalam tempoh tersebut calon tidak menerima apa-apa surat atau panggilan telefon dari mana-mana pihak terutama PDRM maka calon perlu membuat permohonan semula (renew) sebaik sahaja tempoh permohonan tamat (expired)

Di manakah ujian fizikal diadakan dan berapa lama?
Calon yang berjaya pada peringkat awal akan dipanggil untuk menjalani ujian fizikal dalam tempoh satu hari di institusi-institusi latihan PDRM yang telah ditetapkan. Antara ujian yang dilakukan adalah mengukur ketinggian dan berat badan, memeriksa keseluruhan badan, kecergasan calon, command kawad.

Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menghadiri ujian fizikal?
Calon yang dipanggil perlulah membuat beberapa persediaan penting seperti berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan semasa menjalani ujian fizikal.

Apakah persediaan yang perlu dibuat bagi calon yang berjaya untuk temuduga?
Calon-calon perlu membuat persiapan seperti mengetahui isu-isu semasa dan terkini, perkembangan dan carta organisasi PDRM, membuat persiapan fizikal dan mental, menunjukkan kesungguhan dan keinginan yang tinggi untuk menyertai pasukan PDRM.

Sekiranya telah menghadiri temuduga, berapa lamakah tempoh masa untuk mengetahui keputusan untuk proses selanjutnya?
Sebaik sahaja calon selesai menghadiri sebarang temu duga bagi mana-mana jawatan di dalam PDRM, calon akan diberikan slip dimana slip tersebut telah menerangkan calon perlu menunggu selama 6 bulan selepas tarikh temu duga. Sekiranya dalam tempoh tersebut calon tidak mendapat apa-apa maklumbalas dari PDRM mereka di anggap gagal di dalam permohonan tersebut dan calon boleh membuat permohonan semula di laman web SPA.

Berapa lamakah tempoh latihan yang diberikan kepada calon yang layak?
Calon-calon yang dilantik untuk menjalani latihan adalah dikehendaki melapor diri di Pusat-pusat Latihan Polis pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Perlantikan.

a. Jawatan Inspektor/Sarjan
Calon-calon yang dilantik akan mengikuti latihan asas di PULAPOL Kuala Lumpur selama satu tahun

.
b. Jawatan Konstabel / Konstabel Orang Asli Dan Konstabel Sokongan
Calon-calon yang dilantik akan menjalani latihan asas konstabel/ konstabel sokongan di PULAPOL Muar, Ayer Hitam, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi selama 6 bulan. Bagi Konstabel Orang Asli mereka yang dilantik akan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak selama 6 bulan.

Bagaimanakah penempatan/pertukaran dibuat selepas saya tamat menjalani latihan?
Seseorang calon yang tamat latihan asas akan ditempatkan atau ditukarkan mengikut keperluan penugasan dan kekosongan semasa di kontinjen / formasi di seluruh negara.

Jika saya mempunyai sebarang kemusyikan lain mengenai pengambilan di dalam PDRM, saluran manakah yang boleh saya hubungi?

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan, boleh menghubungi Unit Pengambilan, Bukit Aman di talian 03-22668350/8351

PASUKAN SUKARELAWAN POLIS (PVR)

Apakah Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)?
Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan kemudian disebut “Sukarelawan Simpanan” . Penubuhan Pasukan Sukarelawan Polis telah ditubuhkan secara rasminya di Malaya pada 1/7/1957 dibawah The Police Ordinance 1952.

Bagaimanakah cara untuk memohon ke jawatan PVR?
Permohonan ke jawatan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) ditawarkan secara on-line melalui laman web www.pdrm.gov.my. – Sistem Semakan On-line (SSO). Permohonan terbahagi kepada dua kategori iaitu:-
Jawatan Inspektor Simpanan Sukarelawan Polis dari kalangan Inspektor Sukarelawan Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) yang telah ditauliahkanJawatan Konstabel Simpanan Sukarelawan Polis kepada orang awam yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan

Siapakah yang layak memohon?
Setiap warganergara Malaysia yang memenuhi syarat yang digariskan adalah layak dimohon.

Apakah syarat memohon ke Jawatan Simpanan Sukarelawan Polis (SSP)
Syarat-syarat untuk memohon jawatan Inspektor dan Konstabel adalah seperti berikut:
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan Akademik :
– Memiliki Ijazah atau Diploma serta Sijil Pentauliahan Kor SUKSIS bagi calon Inspektor SSP.
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengnnya oleh kerajaan bagi calon Konstabel SSP

Adalah perlu pelepasan majikan sekiranya terpilih?
Kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan / Majikan untuk berkhidmat adalah perlu sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

Berapa lama tempoh latihan yang akan dijalani oleh calon yang layak?
Anggota baru akan menjalani latihan di tempat-tempat yang ditetapkan oleh Kontinjen selama 6 bulan berturut-turut. Kehadiran menghadiri latihan tersebut tidak kurang 16 jam sebulan sebagaimana dibawah Regulation 12 (1) Peraturan Sukarelawan Simpanan Polis 1956. Walaubagaimanapun tertakluk kepada arahan semasa pucuk pimpinan hadir 1 minggu di pusat-pusat latihan.

Apakah kemudahan atau elaun yang diperolehi?
Anggota SSP layak dibayar elaun bertugas jika mereka telah menjalankan tugas minima 24 jam sebulan dan mereka bolah dibayar sehingga 48 jam maksima, Kadar bayaran adalah seperti berikut:-
Pegawai Kanan (semua pangkat ) – RM 7.80 sejam
Konstabel ke Sub Inspektor – RM 6.00 sejam
Apakah saluran untuk mengetahui pengambilan bagi PVR?
Hebahan pengambilan SSP dijalankan melalui laman web PDRM, iklan bergerak (crawler) di RTM, TV3 dan stesen televisyen swasta serta pemberitahuan melalui stesen radio tempatan. Di samping itu, setiap Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Negara turut memainkan peranan bagi membuat hebahan dan pemberitahuan kepada masyarakat setempat.

Bagaimanakah bentuk penugasan yang akan dilakukan oleh PVR?
Bentuk penugasan yang akan dilakukan oleh Sukarelawan Polis adalah seperti berikut:
Pejabat Pertanyaan / Telefon operator
Tugas Bit
Tugas Rondaan termasuk MPV
Tugas Trafik
Tugas Teknikal (M/T,W/T dan Merin)
Tugas di Bilik Gerakan
Pegawai Bertugas di IPK / IPD
Pentadbiran Am
Tugas Jaga Aman
Tugas Kawalan (Guard Duty)

Apakah kuasa-kuasa PVR sama seperti polis biasa?
Mengikut Seksyen 45 Akta Polis 1967 apabila melaksanakan penugasan hendaklah mempunyai kuasa dan tugas yang sama seperti Pegawai Polis yang bersamaan pangkat.

Apakah perbezaan dari sudut pakaian seragam di antara PVR dan pegawai/ anggota PDRM?
Perbezaan pakaian seragam di antara PVR dan pegawai /anggota PDRM
“Soulder Title” bertulis Sukarelawan Polis manakala “Polis Regular” Polis Diraja
Nombor Sukarelawan Polis (SP12345), Polis regular (123456)

TRAFIK

Apakah yang dimaksudkan dengan saman POL. 170A ?
POL 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detector) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau kamera Lampu Isyarat Merah.

Apakah yang dimaksudkan dengan saman POL 257 ?
POL 257 ialah saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan. Pesalah dikehendaki menandatangani saman tersebut dan sesalinan saman akan diberikan kepada pesalah.

Bagaimana saya memperolehi maklumat mengenai trafik ?
Untuk mendapatkan maklumat mengenai trafik, anda boleh melayari laman Informasi Trafik PDRM, http://trafik.rmp.gov.my/copsportal.

Bagaimana membuat semakan saman ?
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak saman.
Melalui SMS 15888
– Dengan menggunakan telefon bimbit, anda Cuma perlu taip POLIS SAMAN (NO KAD PENGENALAN) atau (NO KENDERAAN) dan hantar ke 15888
Melalui Internet
Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut:-
– MyEG Service – www.myeg.com.my
– RILEK e-Service – www.rilek.com.my
Melalui kaunter Trafik COPS ( Computerise On-line payment system) yang ada di :-
– Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
– Kaunter JPJ yang terpilih
– Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih
Apakah saluran pembayaran bagi saman PDRM ?
Bayaran bagi saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut:-
Melalui Internet
Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut:
– www.myeg.com.my
– www.rilek.com.my
– www.eservices.com.my

Melalui kaunter (mod bayaran adalah tunai, kad debit dan kredit)
Kaunter Trafik COPS
– Melalui Kaunter COPS (Computerise On-line Payment System) yang ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah
Kaunter JPJ terpilih
– JPJ Johor Bharu
– JPJ Kuantan
– JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
– JPJ Ipoh
– JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
– JPJ Padang Jawa, Selangor
– JPJ Kuala Terengganu
Kuanter Trafik COPS di kompleks membeli belah
TERMINAL ONE Seremban
JAYA JUSCO Ipoh
THE CURVE Petaling Jaya
IOI MALL Puchong
Semua kaunter Pejabat Pos
Mesin ATM Maybank sahaja

Bagaimana hendak menyelesaikan saman yang tidak dilakukan oleh pesalah trafik ?
Berkemungkinan ada berlaku kesilapan teknikal seperti silap cetak oleh anggota bertugas Berkemungkinan pihak ketiga menggunakan nombor pendaftaran palsu Tindakan yang perlu diambil pergi ke Balai Polis Trafik yang berhampiran dan membawa segala dokumen kenderaan serta bukti yang menunjukkan anda tidak ada di tempat kejadian berlaku kesalahan atau anda dapat membuktikan anda tidak bersalah semasa perbicaraan di mahkamah. Jika terbukti kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu laporan polis perlu dibuat di Balai Polis berhampiran.

Apakah hak pengguna jalan raya apabila ditahan ?
Memberi layanan sebaik mungkin dengan memberitahu kesalahan yang telah dilakukan, dan juga memaklumkan cara pembayaran serta tempat untuk membayar saman.

Bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan masalah saman PDRM ?
Anda boleh melayari laman Informasi trafik dan klik di pautan direktori untuk mendapatkan nombor telepon pegawai berkenaan. Anda juga boleh terus pergi ke BalaiPolis Trafik yang berhampiran.

Bolehkah penerima saman memohon diskaun ke atas kompaun saman yang diterima ?Jika boleh, bagaimanakah caranya ?
Untuk makluman, anda tidak perlu membuat sebarang rayuan kerana mulai 1/12/2010 kadar kompaun telah ditetapkan dan diseragamkan. Pengurangan saman dilakukan secara automasi berdasarkan prinsip ‘The more you delay, the more you pay”.

Sekiranya kenderaan saya yang disaman, tetapi pada ketika itu, kenderaan saya telah dipandu oleh orang lain. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu kemukakan siapakah pemandu berkenaan kepada pengeluar notis dalam tempoh 7 hari daripada penerimaan notis. Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan dan saman tambahan boleh diisu.

Apakah yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia ID ?
1MID adalah satu inisiatif kearah menjalankan urusan dalam talian dengan jaminan pengesahan identiti dan keselamatan data pengguna yang memerlukan pengguna untuk membuat pengesahan mykad dan cap jari semasa pendaftaran.

Bagaimana cara untuk saya mendaftar sebagai 1 Malaysia ID ?
Anda perlu hadir sendiri di lokasi berikut semasa proses pendaftaran;
Ibu Pejabat MyEG Bhd., Bandar Utama
Kiosk MyEG – terletak di Cawangan Easy RHB seluruh Negara
Untuk temujanji – pegawai khidmat pelanggan akan berjumpa dengan pengguna
* Anda boleh membuat temujanji dengan melayari laman web www.myeg.com.my atau emailkan nama dan nombor talipon ke help@myeg.com.my.
* Pendaftaran pengguna 1M ID terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki mykad / kad polis/ kad tentera dan juga 1MID untuk syarikat. Tiada sebarang bayaran dikenakan semasa pendaftaran.
* Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-
Pendaftaran individu
– Permohon hendaklah memiliki mykad dan mendapatkan pengesahan cap jari semasa proses pendaftaran – Pemohon sendiri perlu menghadiri ke kiosk MyEG untuk pendaftaran.
Syarikat
Dokumen yang diperlukan haruslah mengandungi :-
– Borang pendaftaran syarikat ( SSM – Borang D, 9, 13, 24, 44, 49 dan MNA )
– Lembaga resolusi
– Surat kuasa syarikat ( Melantik wakil)
– Salinan mykad
– syarikat wakil dan syarikat pemilik/lembaga pengarah.
– Wakil syarikat perlu hadir di Ibu Pejabat myeg atau bagi membuat pendaftaran dengan menggunakan cap jari dan pengesahan mykad.
– Semua dokumen yang berkaitan perlu disahkan dan diserah ke myeg sebagai rujukan.
Saya telah menerima saman melalui pos, tetapi imej kenderaan yang saya terima bukan kenderaan saya tetapi nombor kenderaan adalah sama. Apa yang perlu saya lakukan ?
Anda boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti yang terdapat dalam senarai Direktori di Laman Informasi Trafik untuk membuat aduan atau hubungi talian 03 – 22663346.

Apakah kesan sekiranya membiarkan saman tertunggak ?
Kesan daripada membiarkan saman tertunggak di mana saman anda boleh dinaikkan / meningkat sehingga maksimum dan juga anda mungkin disenaraihitamkan (rujuk jadual kadar kompaun baru) di Laman Informasi Trafik.

LESEN SENJATA API

Bagaimana cara untuk memohon lesen senjata api?
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan (POL 128 / PIL 125) dengan cara memuat turun dari laman web: www.rmp.gov.my atau hadir ke Cawangan Pelesenan Ibu Pejabat Polis Daerah. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Cawangan Perlesenan Ibu Pejabat Daerah bersama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan.

Apakah syarat-syarat permohonan lesen senjata api?
Berumur 18 tahun keatas dan warganegara Malaysia
Sihat dari segi mental dan fizikal
Tiada kecacatan anggota tubuh badan yang menjejaskan kemampuan dan keupayaan mengendalikan senjata api
Tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah
Bagaimana prosedur permohonan lesen senjata api?
Proses awal permohonan bermula di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum diedar ke Ibu Pejabat Kontinjen untuk sokongan. Permohonan yang disokong akan dimajukan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk keputusan.

Apakah jenis senjatapi yang memerlukan permohonan lesen?
Semua jenis senjata api termasuk senjata api tiruan.

Siapa yang boleh meluluskan permohonan lesen senjata api?
Ketua Polis Negara atau Ketua Polis Negeri.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen senjata api?
Sila rujuk senarai semak.

Berapa bayaran yang dikenakan pada satu permohonan?
Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Berapa lamakah tempoh kelulusan bagi sesuatu permohonan lesen senjata api?
Tempoh masa 180 hari bekerja dan tertakluk kepada permohonan dan dokumen-dokumen yang lengkap, termasuk laporan daripada agensi-agensi berkaitan.

 

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *