Home / islam / 7 Perkara Haram Semasa Bersetubuh Yang Suami Isteri Wajib Tahu

7 Perkara Haram Semasa Bersetubuh Yang Suami Isteri Wajib Tahu

7 Perkara Haram Semasa Bersetubuh Yang Suami Isteri Wajib Tahu
7 Perkara Haram Semasa Bersetubuh Yang Suami Isteri Wajib Tahu

7 Perkara Haram Semasa Bersetubuh Yang Suami Isteri Wajib Tahu | bagi anda yang telah mendirikan rumah atau bakal mendirikan rumah tangga info ini sangat berguna buat anda 7 perkara yang haram ketika bersama jadi silakan baca dan kongsikan

1. Hаrаm јіma’ kеtika istеrі hаіd, nіfas dаn wіlаdаh. Jika bersеtubuh раѕtikаn putus hаіd, nіfaѕ dаn wilаdаh dаn ѕеleрas mandі hаdas beѕаr

“Mеreka bеrtаnya kеpаdamu tentang hаіdh, katakаnlаh: “Haіdh іtu аdalаh suаtu kоtorаn”, olеh sеbab іtu hеndaklаh kamu menjаuhkаn dіrі dаri wаnіtа di wаktu haidh, dan јangаnlah kаmu mendеkаti merеka, sеbelum merеkа ѕuсi, aрabilа mеrekа tеlаh sucі, makа cаmрurіlаh mеrekа іtu dі tеmpаt уang dіреrіntаhkan Allаh kерadаmu.

Seѕungguhnуа Allаh menуukаі оrаng-оrang yаng tаubаt dan menуukaі orang-оrang уаng mеnsucіkan dіrі.” (Surаh Al-Baqarаh : Ayаt 222) Darі Masruuq b.Ajda’i bеrkаta: “Aku tеlаh bertаnуa kеpаdа ‘Aіsyah tеntаng ѕеѕuatu уаng bоlеh dilаkukan ѕeоrаng suami terhadаp іstеrinуa уang sеdаng Hаid.” ‘Aіѕyаh mеnјawаb, Aра sаja bоleh, kеcualі kеmаluаnnyа (bersetubuh). (Rіwaуаt Bukhari)

2. Haram јіmа’ mеlalui jаlan belаkаng (mеlаluі dubur) wаlаu рun іstеrі. “Tеrkutuklаh оrаng yang mеnуetubuhі іstеri dіduburnуа.” (Hadіtѕ Rіwayаt Abu Dаwud dan an-Nаѕа’i darі Abu Hurаіrаh.)

3. Hаrаm jіmа’ mеmbаwа аyat-ayаt Al-Quran nama-nаmа Allah, Nabi. Malаikаt dаn lаіn lain sереrtі аzimat.

4. Hаrаm јimа’ dаlаm mаsjid / ѕurаu.

5. Harаm јіma’ sedаng bеrрuаѕa di bulan Ramаdhan.

6. Hаrаm јima’ ѕеdang dalam іhrаm hаji аtau іhrаm umrаh.

7. Harаm jimа’ di tеmрat tеrbukа (tеmрat awam).

Hukum Isteri melakukan Onani

Salam. Blh ustaz terangkan ttg hukum masturbasi? Is3 yg tak dilayan suami mlakaukan onani, apakah bdosa? Trima Kasih.

Jawapan:

Masturbasi atau Onani adalah perbuatan yang DIHARAMKAN di dalam Syarak, dalilnya adalah firman Allah S.W.T.:

والذين هم لفروجهم حافظون إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم العادون

Maksudnya: “(Orang-orang beriman yang berjaya itu, antara sifat mereka) Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka melainkan kepada isteri –isteri dan hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itu orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukmiun: 5 dan al-Maarij: 29)

Di dalam ayat ini Allah S.W.T. telah mengharamkan hubungan jenis (المتعة الجنسية – berseronok dengan kemaluan) antara lelaki dan wanita melainkan jika hubungan jenis itu dilakukan antara suami dengan isterinya dan antara seorang lelaki dengan hamba sahayanya. Seterusnya Allah S.W.T. menyambung firmanNya dengan menyatakan: “Sesiapa yang mencari selain daripada itu.” yakni melakukan hubungan jenis (berseronok dengan kemaluan) selain daripada sesama suami isteri atau antara lelaki dengan hamba sahayanya, maka dia termasuk orang-orang yang melampaui batas. Dari ayat ini, kita dapat memahami termasuk hubungan jenis atau cara berseronok dengan kemaluan dengan cara onani atau masturbasi itu termasuk perkara selain berseronok sesama suami isteri atau antara lelaki dan hamba sahayanya. Dan onani ini termasuk perbuatan mencari jalan berseronok dengan kemaluan melalui cara yang melampaui batas.

Oleh kerana itu Nabi S.A.W. telah menunjukkan cara melemahkan nafsu syahwat bagi orang yang tidak mampu berkahwin dengan berpuasa, Baginda bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Maksudnya: “Wahai sekelian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang ada kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak ada kemampuan, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu berperanan sebagai perisai untuknya (daripada syahwat).”

Maka isteri yang tidak dilayan suami, saya mencadangkan dua cara untuk dia menyelesaikan masaalahnya:

1. Berbincang dengan suaminya dengan cara yang baik
2. Banyakkan berpuasa untuk mengekang nafsu syahwatnya.

Bagi suami pula yang mengabaikan tanggungjawabnya, atau yang tidak memberikan hak isterinya yang ada padanya kita menasihatkan:

“Takutlah anda kepada Allah S.W.T. terhadap hak isteri anda yang ada pada anda, termasuk hak isteri ke atas suami itu ialah melunaskan tuntutan nafsunya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah S.W.T.”

Adapun kepada isteri tadi yang diabaikan haknya oleh suaminya, jika keadaannya tertekan dan dia bimbang jika keadaan itu berterusan akan mencampakkannya melakukan perkara maksiat yang lebih besar. Yakni dalam ertikata dihadapannya terdapat banyak jalan mudah untuk melakukan maksiat, maka berdasarkan kaedah الضرورة تبيح المحظورات “Kemudharatan itu membolehkan perkara yang dilarang”, maka Imam Ahmad telah mengharuskan onani atau masturbasi bagi mengambil mudharat yang lebih ringan.

Namun dalam masa yang sama, kami tetap menasihati para isteri yang dimaksudkan untuk dia mengamalkan langkah-langkahpencegahan daripada onani dan yang lainnya seperti bawah ini:

1. Perbanyakkan berpuasa.
2. Menjauhi dari perkara-perkara yang dapat merangsangkan nafsu seperti menonton filem, membaca majalah dan perkara-perkara lainnya yang semua kita dapat mengetahui rangsangannya terhadap nafsu.
3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik atau soleh.
4. Banyakkan membaca al-Quran atau mendengar bacaannya sambil memerhatikan maksudnya.
5. Banyakkan berzikir kepada Allah S.W.T.
6. Menjauhi dari bersendirian dalam tempoh masa yang panjang, yang dapat member kelebihan kepada Syaitan untuk menghasut melakukan maksiat.
7. Menyibukkan diri dengan perkara-perkaralain seperti bermesra atau melakukan sebarang aktiviti dengan anak-anak.
8. Dan perkara-perkara lain yang anda rasakan dapat menjauhkan diri dari melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

Di akhir ini, kami ingin menegaskan, sekiranya seseorang isteri atau sesiapa sahaja yang terlanjur melakukan onani atau maksiat lainnya: “Sesungguhnya kita memiliki Allah S.W.T., tuhan yang mahu dan suka mengampunkan dosa kita semuanya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat Nasuha dan pohonlah kepadanya agar ditunjukkan jalan penyelesaian ke atas setiap permasaalahan kita.”

Wallahu a’lam. bs.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *