Home / islam / Jika saya goda wanita lain jatuhlah talak pada isteri Akhirnya saya ‘tewas’ dengan janda – suami

Jika saya goda wanita lain jatuhlah talak pada isteri Akhirnya saya ‘tewas’ dengan janda – suami

Jika saya goda wanita lain jatuhlah talak pada isteri Akhirnya saya 'tewas' dengan janda - suami
Jika saya goda wanita lain jatuhlah talak pada isteri Akhirnya saya ‘tewas’ dengan janda – suami

Jika saya goda wanita lain jatuhlah talak pada isteri Akhirnya saya ‘tewas’ dengan janda – suami | SAYA telah bersumpah kepada isteri dengan mengatakan: “Sekiranya saya pikat atau goda wanita lain, maka jatuhlah talak.”

Tidak lama kemudian, saya cuba memikat seorang janda, tetapi tidak mendapat layanan daripada janda itu. Isteri saya mendapat tahu mengenai perkara itu dan mengajak saya ke pejabat kadi dan apabila dibicarakan, hakim memutuskan jatuh talak.

Saya masih tidak puas hati. Jadi, apa pandangan Dr Salam mengenai kedudukan talak itu? Wajarkah seorang pegawai agama yang bergelar ustaz mengatakan saya gila dan tidak akan melayan sekiranya saya membuat aduan?

Soalan kedua, ketika berkahwin, saya diwalikan orang yang dinamakan sebagai bapa saya. Adakah pernikahan saya sah apabila saya mendapat tahu dilahirkan sebelum ibu dan bapa saya bernikah?

Soalan ketiga, bolehkah dinikahkan dengan seseorang yang dijangkiti Aids?

ISMAIL MOHD
Senai, Johor.

KEPUTUSAN yang dibuat hakim berdasarkan keterangan anda dan isteri anda mengenai sumpah yang dibuat. Jika tidak berpuas hati boleh diminta ulang bicara.

Bagi soalan kedua, wali hanya kepada pihak pengantin perempuan dan bukan di pihak lelaki. Antara syarat perkahwinan ialah persetujuan lelaki yang bakal menjadi suami atau wakilnya. Manakala pihak perempuan yang bakal menjadi isteri ialah persetujuan wali iaitu bapa, datuk dan seterusnya.

Bagi soalan ketiga, jika kedua pasangan bersetuju tiada larangan tertentu untuk berkahwin dengan pesakit Aids. Bagaimanapun, pertimbangan sewajarnya perlu dibuat baik daripada pihak yang ingin berkahwin atau kerajaan sendiri sebelum ia diteruskan. Ini kerana kesan bahaya penyakit Aids kepada mangsa dan pasangannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *