Home / bayi / Mak tak berhati perut! Anak perempuan meroyan pergi bandar cari bayi dalam keadaan berbogel

Mak tak berhati perut! Anak perempuan meroyan pergi bandar cari bayi dalam keadaan berbogel

Mak tak berhati perut! Anak perempuan meroyan pergi bandar cari bayi dalam keadaan berbogel
Mak tak berhati perut! Anak perempuan meroyan pergi bandar cari bayi dalam keadaan berbogel

Mak tak berhati perut! Anak perempuan meroyan pergi bandar cari bayi dalam keadaan berbogel | Saya duduk dalam kasut mereka. Saya menjiwai naluri dan perasaan mereka.

Seorang bekas pelatih saya, dijemput keluar pulang oleh ibu kandung selepas habis tempoh berpantang. Sementelah emak menjanjikan tempat tinggal dan keizinan anak dipelihara sendiri.

Rupanya itu cuma janji janji manis seorang emak untuk membawa anak keluar selepas melahirkan anak. Anak gembira dapat pulang ke rumah. Ketika daftar masuk Baitus Solehah, anak itu datang sendiri menaiki bas.

Mula mula anak tidak mahu keluarga tahu. Anak bimbang emak dan bapa tiri marah. Anak bimbang emak dan bapa tiri tidak menerima dirinya lagi apabila mengetahui telah mengandung tanpa suami.

Procedur JKSP semua hospital mahu waris mengetahui dan membenarkan rumah perlindungan melindungi anak mereka sebelum dan selepas melahirkan anak sehingga waris membawa pulang ke rumah. Jadi waris perlu tahu dimana anak berada.

Apabila anak memberitahu emak dia mengandung, emak masih buat acuh tak acuh. Tapi sekurang kurang emak tahu anak telah mengandung tanpa suami, dan berada di rumah perlindungan.

Emak ada perancangan lain. Selepas saja anak melahirkan, 2 bulan selepas itu anak dan cucu dijemput pulang konon emak memberi sokongan kepada ànàk agar memelihara anak sendiri.

Sampai di rumah, belum sempat anak berehat, telah datang sepasang keluarga angkat untuk mengambil cucunya. Ibu ni dah rancang awal awal lagi. Bayi diserahkan kepada keluarga angkat tanpa kerelaan.

Ibu meroyan. Ibu telah dijumpai merayau rayau mencari anak di bandar P dalam keadaan berbogel di waktu subuh. Ibu ditemui oleh pasukan JPAM . Pasukkan JPAM hantar ke hospital. Apabila keadaan ibu pulih seketika, barulah maklumat cuba didapatkan dari ibu.

Ibu cuma boleh ingat nama dan nombor telefon saya, bukan nama dan nombor telefon emak kandung yang membawa keluar dari Baitus Solehah. Sebab itu staff hospital menghubungi saya bagi mendapat perlindungan dan maklumat sebenar siapakah perempuan meroyan.

Ini perkongsian kisah seorang yang berjaya memujuk emak agar menerima cucu yang dilahirkan di luar pernikahan.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Assalamualaikum umi.

Terima kasih umi bagi nasihat haritu. Alhamdulillah selepas saya pujuk2 mak, mak saya setuju untuk terima baby tu. Abah pun nampaknya boleh terima lepas adik ceritakan pada kami macam mana kawan dia di rumah perlindungan tu kena ‘meroyan’. Ambil bantal buat jadi baby. Tidurkan bantal tu sambil panggil2 anaknya, sebab anaknya dipaksa serahkan pada keluarga angkat semasa masih dalam pantang walaupun kawannya memang nak jaga anak tu sendiri. Allah…..

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ibu mana tak sayang anak. Berilah peluang mereka membesarkan anak mereka dengan sokongan. Kalau kita biarkan, memanglah mereka tak mampu.

Jadi jangan ambik kesempatan atas kelemahan orang lain.

Selamatkan 2 Jiwa

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *