Home / kesihatan / 13 tahun terkurung dalam bilik kaca kerana menghidap penyakit yang jarang ditemui.

13 tahun terkurung dalam bilik kaca kerana menghidap penyakit yang jarang ditemui.

 

Madrid: Wanita berusia 53 tahun terpaksa dipisahkan dari dunia luar dan hidup terasing dalam bilik kaca selama 13 tahun kerana menghidap penyakit yang jarang ditemui.

Media Sepanyol melaporkan, Juana Munoz, 53, dari Cadiz, terkurung dalam bilik kaca berukuran 25 meter persegi itu kerana mengalami masalah sensitif terhadap bahan kimia, fibromyalgia, sindrom keletihan kronik serta sensitif terhadap gelombang elektromagnetik.

La Espanol melaporkan, dia sudah lama mengalami masalah itu, namun keadaan menjadi semakin buruk selepas terkena habuk ubi kentang yang ditanam suaminya di rumah mereka.

Matanya menjadi gatal sebelum lidah bengkak hingga dia terpaksa menerima rawatan rapi di hospital.

Sejak itu, wanita berkenaan menghabiskan masa dalam kotak kaca dengan dibantu suaminya, Manuel yang memberikan sokongan selain menanam sendiri sayuran organik untuk isterinya.

“Kesakitan yang dialami bukan perkara paling buruk tetapi kesan fizikal dan psikologi kerana tidak dapat keluar dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain lebih buruk,” katanya yang ditemubual menggunakan mikrofon dari bilik kacanya.

Meskipun penyakit itu menghalangnya bersama suami dan anak-anak, namun dia amat berharap dapat menyambut cucu pertama yang akan lahir tidak lama lagi.

Munoz berkata, dia kini menunggu topeng muka organik khas dari sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) yang diharap membolehkannya keluar dari bilik kaca itu. – Agensi

hmetro

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!